Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Showing posts with label IPG. Show all posts
Showing posts with label IPG. Show all posts

Thursday, June 5, 2014

Best ke IPG?

Salam,

Alhamdulillah, 11hb June ni Tiera akan menggenggam segulung ijazah. heheheehe
Maaf pada yang tertanya-tanya kemana menghilangnya admin, ok bole tarik nafas....fuh.....
 
SARAWAK
 
Sekarang life Tiera di Sarawak, P3 lgi tuuuuu. Ok bagi yang tak tahu P3 tu apa. Sekolah di Malaysia di gredkan kepada beberapa jenis iaitu sekolah Bandar, luar Bandar, pedalaman 1 (P1) and so on... jadi paham-paham lah kan. Ok tak mahu cerita lebih2.
 
 

 
Ok, ada adik ni tya best tak ipg? Hmm susah nak jawab sebenarnya tapi Tiera akan beri pendapat sendiri la ok?
AMARAN : Ini bukan mewakili pendapat semua warga yang pernah atau sedang belajar di IPG.
 
 
Best ke IPG?
 
1. Kalau adik-adik semua set minda untuk jadi cikgu, jadi perlu bersedia untuk belajar dalam suasana sekolah.
 
2. Masuk IPG mcm masuk sekola balik, sbb pensyarah akan menjadi seperti cikgu anda semua.
 
3. Suasana IPG bergantung kepada IPG yang anda dapat.
 
4. Ada IPG yang beri kebebasan untuk anda menyewa diluar kawasan kampus dan tiada curfew, contoh semua pelajar ada d asrama sblm 11 mlm.
 
5. Sesetengah IPG mempunyai asrama y cukup untuk menampung pelajar jadi kehidupan lebih terkawal (dikawal?) hehe.
 
6. Sesetengah IPG mempunyai perhimpunan pagi macam di sekolah, ada juga yang tiap2 hari ada perhimpunan.
 
7. Pakaian? sori la tak bebas ok. Nak jadi cikgu kena pakai macam cikgu.
 
8. Alhamdulillah, semua pelajar terpilih. Jadi pelajar kebanyakkannya semua perangai baik-baik...hensem2, cantik semua.
 
9. Katanya pelajar IPG kurang terdedah dengan dunia luar berbanding pelajar university. Salah! Ia bergantung pada anda sendiri. IPG ada banyak aktiviti yang anda bole join.
 
10. Ada IPG yng buat sistem P&P kelas mcm di sekolah, ada yang macam di university (tukar2 kelas)
 
11. dulu tak boleh pilh cos minor, sekarang dah boleh. Sebb tu tk pasal-pasal Tiera kena belajar PJ padahal tak aktif langsung sukan.
 
12. Bergantung pada kedudukan IPG anda, kemudahan macam mall so best l boleh pergi jalan-jalan.
 
13. Bergantung pada IPG anda, kos sara hidup boleh menjejaskn dompet anda.
 
12. IPG lebih aman damai tanpa demo atau rusuhan.
 
13. Adik2 akan belajar hamper 5 thun setengah jadi, rakan sekelas anda macam adik beradik. Itu yang
best.
 
14. Mungkin elaun akan ditarik, sistem pinjaman akan diwujudkan.
 
15. Penempatan secara automatic selepas tamat belajar menjai lebih sukar.
 
16. Kemungkinan di tempatkan di Sabah, Sarawak dan P1, P2 dan lebih teruk P3....
 
 
Ok, dah tak ada idea. 3 terakhir tu mungkin menakutkan sikit.
Ex-Mizanis Pengajian Sosial ambilan Jan 2010
 
Tiera rasa sangat best berada di IPG Sultan Mizan, banyak suka n duka di sana. Sekarang di SARAWAK hahaha.
 
Pergaulan yang sihat dengan rakan-rakan yang semua bagus-bagus. Kalau diulang, errr tak kot. hehe cukuplah tapi kawan yang Tiera dapat semua best-best, rindu korang. 
 
Pada adik-adik yang akan masuk ke IPG terutamanya bakal junior d IPG Sultan Mizan, Welcome! Bertabahlah kamu semua untuk 5 tahun setengah.
 
Akak dah habis, hehehe.
 
 
 

Monday, November 11, 2013

Menghitung Hari...

Salam,
 
Dikala budak sekolah menghitung hari untuk cuti sekolah, disaat budak lepasan SPM menghitung hari keluar dari alam persekolahan dan di ketika budak-budak junior IPG seluruh Malaysia terutama di IPG Kampus Sultan Mizan ni excited mengalahkan senior cuti...tau la korang habis exam awal!
 
Kami senior sem 8 PISMP hanya menghitung hari, jam dan minit untuk menamatkan pengajian selama 5 tahun setengah di bumi Besut tercintan ini.
 
Perasaan?
 
Tak ada perasaan, serius tak rasa apa-apa, macam blur je.
Tapi kalau tetiba ada yang start mengimbau kenangan yang tu lain kira la, laju ja nanti empangan pecah.
 
Buat junior, good luck menempuh kehidupan beberapa tahun lagi di sini.
 Kami dah habis!!!!
Kalau fikir balik...haha kesian junior, lambat lagi la korang.
Sori la, nanti korang dah senior korang akan tahu perasaan ni.
 
Anyway, layan la gambar re-creation untuk kelas Kajian Sosial ambilan Jan 2010.
 
Gambar masa muda remaja dan sekarang muda dewasa! Gambar diambil tempat yang sama, dan posing dalam keadaan yang lebih kurang sama.
 
Ce cari mana Tiera!





Harap halal ye kawan2.
Tiera amek risiko tunjuk gambar huduh, tak pe sekarang ok la sikit walaupun tak banyak berubah.
 
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang!
 

Saturday, October 26, 2013

What Am I Doing Here Right Now?

Salam,
 
Hadoiii, exam akan bermula pada 6/11/2013. Mood nak baca buku pon belum mari sebab kawan-kawan tengah berguling-guling di rumah masing-masing.
 
Tiera pulak terpaksa...err terpaksa ke atau harus datang balik ke IPG sebab kena amik draf tesis dari pensyarah. Kalau lambat susah pulak nak jilid nanti. (Ni semua sebab kau tesis!)
 
So sekarang tengah menaip dan improve blog sensorang dalam bilik. Roomate? Herghhh, org balik IPG dia pulak pergi menghala ke rumah Tiera sbb nak pergi festival katanya. Huhu~
 

Budak penyibuk di belakang

 
Minggu study week, mana ada kelas. Kelas ganti ada tapi lambat lagi. So buat apa kat sini? Ntah, buat tahik mata kot. Nak p jalan-jalan duit pun tak de, harga barang naik...grrr
 
Kat umah, family sibuk renovate taman di halaman.
Haha guess what tetiba hobi Tiera adalah Gardening. Minat la jugak sampai kenal jenis-jenis tanaman. Kitaorang pergi beli pokok, pasu, tanah, kutip sabut kat  kedai-kedai jual santan (heheh).
 
Semangat ni however ada musim, contohnya 'musim mencantas' biasanya abah Tiera yang mulakan dulu, kalau ada pokok mati ke apa ke dia akan selamba buang dalam tapak pelupusan rumah kami. So secara automatic, mummy Tiera akan turun untuk menyelamatkan pokok-pokoknya.
 
'Musim renovate' time semangat + duit ada nak cantikkan taman datang 100%. Time ni semua jalan, apa yang kitaorang plan akan jadi kenyataan. So sekarang ni boleh kata macam tu la. Mummy Tiera merealisasikan projek tamannya menjadi kenyataan.
 
Nak balik, tanam rain lily Tiera, Tak sukanya bila ada benda di rumah yang berubah masa Tiera tak de. Nak terlibat jugak!


Sunday, October 20, 2013

Grand Dinner 2013 and Farewell~

Salam,

Akhirnya smpai jugak 17 Oktober 2013, hari dimana y x pernah bersolek ala2 artis melaram sehabis mungkin termasuk tuan puanya belog ini.

Tanggal hari tersebut Tiera dan 10 orang rakan sekelas tlh menghadiri jamuan batch yang meraikan tamat pengajian kami PISMP sem 8 selama 5 tahun  setengah utk bergelar sbg guru. Hadoii berjangut akak tunggu grad ni tau.

Anyway, venue kami adalah di sebuah hotel 5 star iaitu Perdana Hotel, Kota Bharu, Kelantan. Perghhh makanan dia punya la banya siap ada station2 lg. Station sup and ulam2. Station Nasik and lauk pauk dan tak dilupakan station dessert serta unlimited access of ice cream 6 perisa....muahaha naik la berat badan kau.

Meh kita layan posing-posing tetamu turtamanya tuan belog ni...layannnn~


Moments before sampai red carpet~
First time pkai shawl dgn yakinnya. Shawl dr Zorascarf. Baju hasil consultation mummy I, ce teka beli kat mana kalu ckap mesti terkezut..haha.

jgn main2 ada red carpet ooo, karpet warna merah.....

the venue, cantik2~

Antara makanan yang akak hamek~ hamek kau.
Ada coklat fountain bagai, so apa lg, kek, ice cream kalu bole ngan nasik2 tu nak tadah coklat.

Rakan2 seperjuangan, ada y dah bergelar puan dan bakal puan...hehe
Hanya separuh yang tinggal, separuh lagi bergolek di rumah masing2...:-P
Calon-calonnya...gud bye and will miss you guys~
Begitulah ceritanya, time org nangis2 mengenangkan akan berpisah x lama lagi, kami dua tiga orang lari keluar amek kesempatan tgkp gmbr. Masuk2 buat muka poyo je. Haha, naseb baik x tunggu kalu tidakkk~
Anyway tetap sedih cuma x tunjuk, tunjuk dalam hati je.
 
Dinner itu sgt best sbb bole melawa wif friends...haha
 
Credit gambar to my friends.
 
 

Wednesday, July 31, 2013

Buka Puasa Terakhir di A.M. Tarbush Restoran

Salam,

Setiap sem, kelas kajian sosial 2 IPG KSM akan mengadakan jamuan berbuka puasa. Sayangnya kali ini mungkin buat  yang terakhir kalinya sebelum semua dipostingkan ke SeRaWak/SaBaH kecuali Tiera...hahaha. Kejam gila. Fuh2 semoga semua dapat semenangjung ye, jangan marah. Jom kita tengok sekitar majlis berbuka yang gempak ni.

Kami berbuka di A.M. Tarbush sebuah restoran arab di Kota Bharu. Lokasinya terletak seberang Billion, KB. Kami pilih utk makan buffet so bajet dlm RM38...mahai kan? Haha padan la kami makan tu semua daging kambing kot,

Memang terbaik la, penuh meja.

Mostly hidangan y kitaorg x pernah rasa.
Serius sedap, sebab kebanyakkan hidangan kitaorg x pernah jumpa. Tuan kedai dia memang orang arab so memang masakan kaw, kaw punya. Antara yang masakan Tiera kenal dan rasa malam tu:

1.Daging kambing bakar
2. nasi mandy
3.sosej n wedges with cheese sauce
4.bandung coctail
5.stew kambing
6.isi ayam celup tepung wif chili sauce
7. salad apa ntah
8. kebab ayam and daging
9.lasagne
10. ayam masak apa ntah tapi sedap
11.Ice lemon tea
12. Air Nenas ke?
13. Susu Kambing
14. Pudding Triffle
15. Buah-buahan
16. Puding Gula Hangus
17. Banyak lagi tak sempat nk rasa semua....huhu


Ni pinggan Tiera, nasi amek sikit ja, lauk banyak!

My two good friend, muka puas ati abes la ni.

Taraaa~! Sommul (hadiah)
Sebelum balik, tertengok dalam peti ais dia, ada jual air dari arab. Sorang kawan beli la satu air botol ni, dia kata dia biasa minum. Air Barbican perisan buah delima. Air gas rupanya. Tuan kedai kata, ia sejenis beer non-alcoholic yang halal. Air ni bukan air biasa tapi diminum sebagai air kesihatan di negara sana. Sedap la jugak tapi air gas ni Tiera kurang sikit, apa-apa pun suka try benda baru. Rindu la korang lepas ni...End~



Saturday, December 22, 2012

A Year....!

Salam,

Pejam celik dah nk abis cuti sekolah, kurang dr dua minggu je lg. Entah apa la berita ngan bilik Tiera kat asrama. Dah lma duduk bilik y sama kena pindah bilik lain pulak. Apa-apa pun cuti kali ni semua auntie and uncle tya...ehh kak long dah keje kan? Wahaha...I wish untie/uncle.

Baki ada lg setahun je. Yang tak sanggup tu adalah praktikum 3 bulan di sekolah..huhuhu. Syok gak jawab...ada setahun je lagi...

Semoga setahun tu akan berlalu dgn cepat. Semoga Tiera dpt jumpa 'someone' cpt2. Semoga dpt praktikum cemerlang. Semoga dpt cari point tesis yang best.

Pendek je entri kali ni, have a nice holiday!

p/s: Kenduri cousin kali ni Ustz Azhar Idrus jd jmputan sbb cousin mmg selalu pergi dgr dia ceramah. So bila pihak perempuan dtg mengantar terus excited nak bergambar...sabor2~ hehe

Friday, November 2, 2012

Jamuan Akhir Sem

Salam,

Pejam celik dah 4 tahun setengah bertapa di IPG KSM tercintan ni. Baru-baru ni depan maktab Tiera ni tetiba ada kes cikgu kena sembelih! Real beb! Org tengah sibuk sembelih lembu dia pergi sembelih orang. Org besut terbaik ek? Nasib baik Tiera dok kat bandar. Metaliti kurang betul.

Anyway, event wajib setiap sem, kitarorg buat jamuan sem. Oleh sebab semua sibuk dengan praktikum untuk 2 bulan, maka jamuan ni simple sesimplenya. Kami semua pergi makan kat ISMA Cafe. Semua pesan chicken chop. Tiera n Cik Da je tetiba sesat makan Megi Ketam..haha jangan marah.

Ni le Meggi Ketam, terbaik~!
1st  time kot makan benda ni. Anyway tak puas, Tiera suka makan isi je bukan suka sgt korek2 dalam ketam tu, kalau ada 'org' tolong kopekkan n suap isi tu baru best. Harga? Rm12 y ni, ketam dia sekor kot. Meggi dia bukan pakai perencah megi tau, sup dia lain. Ok la, tp Tiera tak makan dah ase, mahal.

Pelik ke Tiera pakai contact? Ekeke~
5 tahun 1/2 bersama ngan korunk, banyak kenangan suka duka, Fighting!
Praktikum mate,Cik Da. dialah y mempengaruhi org utk makan megi ketam ni, teruja lah tu~
 
 
Nape la asyik teringat kat 'org' tu sejak akhir-akhir ni? Adoiii~
Bye.

Thursday, May 31, 2012

First time kawan bertunang....!

Salam,

Aaaahhh, dah bertunang dah dia....kawan Tiera y pertama and banyak lagi yang akan datang.
So pd 27 ari bulan Tiera n sorang kawan sekelas berkonvoi le ke Manir, Terengganu. Sesat plak sebelum tu.


Cantik kan? Org dia kecik molek je.

Group satu lg lambat sampai, so terlepas resepsi tapi diaorang tak lambat makan...ahaks~


Angah a.k.a Ain wif me, hehe suka ngat baju oren tu~

zoom pkai corby je, berdebar ek angah? hehe tak leh nk nolong~
Sep2 kawan-kawan sekelas semua beratur tepi tangga macam calon-calon gadis melayu gitu tengok bakal ibu mertua angah sarung kan cincin...terharu plak kitaorang...(uhuk...anak mak dah besar)
Next candidate...huhu

Semoga Berkekalan Hingga Akhir Hayat~

Itu baru seorang bertunang, lepas ni sapa la pulak ek. Sofi ni senior kitaorang, bagus ek dia pas dah kerja terus masuk meminang.

K, sekian. Enjoy la gambar y banyak ni. (Banyak la sangat....lalala)

Monday, February 13, 2012

Korang Pandai Main Recorder tak?

Salam,

Haaa, kelmarin utk subjek muzik a.k.a segmen pemuzik terhebat. Tiera and the geng kena bawak recorded. Korang ingat apa itu recorder? Masa korang sekolah rendah dulu mesti wajib main kan? Tak tau la kalau ada sekolah yang advance pakai piano sorang satu.

Untuk sem lepas kami belajar kibod, terer la kot (*rolling eyes)...tapi lagu kanak-kanak je. Lagu Menghitung Hari tak dan nak khatam pastu lagu Bila Cinta pon setakat intro je haha malas nak berlatih. So bg Tiera recorder lagu penting kot kena kuasai. Ok, kalau korang beli recorder baru jenama YAMAHA sahaja , ia akan bewarna putih ye atau krim. Bak kata lecturer kami yang warna hitam atau koko gelap dah jarang dijumpai atau dijual. Masa time Tiera sekolah dulu macam banyak je kan?

Ni la recorder suprano dari Yamaha

Recorder suprano putih versi baru sikit.

Kesian kat Tiera, pakai yang zaman sekolah rendah je. Siap ada kesan kekoh (gigitan) lagi..haha..malu sih. Malas nak beli baru tapi nasib baik la lecturer Tiera cakap yang hitam (lama punya) bunyi dia lagi sedap lagi dari yang baru. Oh I dont know, sama je bunyinye. Tapi Tiera beli yang baru kot nanti, yang hitam buat spare je. Bagus kau Tiera, tak sangka dulu kena marah sebab tiup sumbang sekarang kau pulak yang kena ajar orang. Haha. So kami akhirnya dalam dua jam berlatih dapat satu lagu, Marry Had A Little Lamb..lalala. Balik je asrama semua pakat recite balik.

Ni Bass Recorder, besar ooo. Lecturer kami je y demo, kami tak main.
Recorder ada banyak jenis, ada bass, alto, suprano dan supranino...ada lagi tapi lupa. Susunan dari yang besau ke kecikkk.
Kelemahan recorder ni, tak boleh cucuk earphone ye macam kibod sem lepas. So kena tahan telinga la dengar akak-akak ni main. Nasib baik la blok B kamilah senior so, adik-adik semua tak boleh marah..muahahaha.

Bila pikir-pikir balik macam mana cikgu melayan kerena Tiera dulu-dulu sekarang Tiera pulak akan rasa benda macam tu. Kalaulah Tiera tahu yang akhirnya Tiera akan jadi cikgu, apa agaknya yang akan jadi ek?

Friday, February 10, 2012

Stalker Kejohanan Merentas Desa IPG KSM

Salam,

Fuhh, memang penat ah minggu ni, dengan assigment pun mula nak membukit, elaun yang masuk pun tak sempat nk dijolikan lagi. huhu

So, oleh kerana Cik Tiera ni dalam minor cos yang diamek adalh pj ("PJ??? biar betul" k itu riaksi biasa org ramai) kami kena anjurkan kejohanan Merentas Desa. Kalau korang nak tahu kehidupan di IPG memang 75% macam kat sekolah, kami ada perhimpunan pagi, kelas pun mcm di sekolah dan kami ada rumah sukan masing-masing. Cik Tiera rumah Hijau OoO. So Merentas Desa adalah kewajipan lah setiap sem dan akan datang Kehojanan Olahraga pulak.

So korang la stalkernya, stalker kat sini ek?

Medal y tak pernah Tiera ada, huhu



Tiera Ajk Hadia sbnrnya, tp sja menyibuk kat Ajk Pendaftaran, Next to me is Ayu..ayu tak? hehe


Tu la Lecturer kitorg, cergas2 belako..

Perlepasan peserta lelaki
Perlepasan peserta perempuan
Perlepasan Staff dan Lecturer Wanita
Akhirnya Staf dan Lecturer lelaki dilepaskan...lari~

Sempat lagi berangan,,huhu sy lah juara.
Tp akhirnya rumah Cik Tiera jgak y dapat Johan, so bukan angan-angan ye?

Hadiah cabutan bertuah y disponsor oleh salah seorang lecturer. wOw...
See? Ni la ketua rumah sukan Hijau, junior cik Tiera nama pe tah.
Hooray rumah Hijau!!!

So, thats all. Minggu ni memang tan lah kulit mukan Tiera, huhu baru je nak putih balik, menci!

Thursday, February 2, 2012

Elaun Oh Elaun~

Salam semua penonton...

Bertemu lagi kita dalam segmen Elaun IPG....


See??? Mogok kang!
 Hari ni hari khamis dan seperti yang dijanjikan, elaun sudah memenuhi tabung BSN ku. Tapi.................

Awat yang sikit sangat ek? IPG Kota Bharu lebih RM700 dr yang IPG kami????

Ohhhh, baru dapat elaun dah rasa macam dah pokai, bye-bye KB sem ni kita takkan berjumpa lah. I malaih nak tabur duit kat KB Mall dan Tesco. Tiera mesti dapatkan penjelasan kemana menghilangnya RM700 yang dikhabarkan melebihi elaun kami di IPG KB. Adakah kami belum dapat lagi atau memang takkan dapat...*tettt*

Udahlah nak pergi merata sem ni, praktikum lagi, kang tak pasal-pasal BBM tak dak masa mengajar. aahahaha...kepala saya sudah *ting tong*

Selamat tinggal F.O.S, selamat tinggal BIG Apple, selamat tinggak Reject Shop, selamat tinggal Tesco, Selamat Tinggal Padini (padahal tak pernah masuk pun kedai ni, saja teringin nak sebut).

Uwaaaaaa. T_T

***Bertemu lagi disegmen yang sama pada semester hadapan bulan yang kedua, masa dan tempat yang sama. MC nak pergi melayan perasaan sebab kena dump dengan duit. $_$ (Tiera Mata DUITAN)***

Sunday, January 29, 2012

Pemuzik Terhebat!!!

Salam,

Benci!!!!!!

Haha, ni semua pasal kelas hari ni lah!

Tiera ni kan amek coz muzik so hari ni ada kelas muzik, tajuk hari ni ye murid-murid adalah permainan alat perkusi~

En. Khir suruh la kami bertiga ke hadapan, main alat muzik Snare Drum dan Tamborin..Wahh kelas gitu. Jeng, jeng, jeng orang yang ketiga perlulah jadi VOKALIS sebentar dan saya sangat elergic dengan perkataan tu sbb Tiera x pandai nyanyi *artis dlm shower room je*

So kitorang semua dah panas punggung dah, dok kira-kira nak berebut je alat muzik tu, so nasib la kan sapa y kena nyanyi.

Sampai giliran Tiera, semua orang tak nak bangun lagi, rupanya diorang dah choopp awal-awal dah, tamborin semua ada kat tangan dh. TAK ACIII!!!!

Apa lagi I menyebai le..hehe malu I~

Masa test alat, tekun gila baca lirik~ wakaka
Sempat jugak korang snap ek?


Versi 3 jejaka kelas kami, muka excited kew?

Kesimpulannya, walaupun belaja muzik best, tapi kalau korang tak reti nak ke korang malukan diri sendiri kat depan orang lain...hahahaahahaha, dah tak betul dah~ ^^

P/s:- masa kat depan mic dok cakap dalam kepala * Semua orang adalah potato head, kentang blako~!*


Monday, January 16, 2012

Rasa macam dah tua dah~

Salam semua,

Huhu, sakitnya kaki ku ini. Sengal-sengal nak solat pon susah yang amat. Amek kau Tiera, gigih sangat nak jogging, sampai malas buat warm up. Sabor jelah lagi tiga hari je nak balik pastu nak pergi mengurut la. Kelas PJ tadi pun kena mintak excuse kat pensyarah tamau jogging lagi, kang parah pulak kaki ni. Sedebik kena, pandai ek pensyarah Tiera teka, mesti tak warm up and cool down ni.


Syiok sendiri masa Last PBS/2011, lala~
 Tiera dengar dari sorang rakan Tiera ni, IPG akan stop pengambilan pelajar baru sesi 2012 dan 2013, Dua tahun ooo berlobang tak dak student. Ntah-ntah diaorang nak rombak baik pe. Mana la tahu nanti bila start amek balik, elaun dah tak dapat dah. Tapi kalau ikut logik la kan, pegawai kerjaan boleh retire sampai umor 60 tahun. Bak kata sorang lecturer Tiera, anak murid tolak cikgu naik tangga sebab tua sangat tak larat nak panjat tangga tinggi-tinggi dah. haha

Bila umor retire makin meningkat, jawatan kosong untuk guru makin kurang. Iye la kan, orang lama tak keluar, macam mana orang baru nak masuk, bijak tak? Bijak kan? Silap-silap menganggur la, keluaran PISMP nanti. huhu.

Tiera malas dah nak memikir pasal 'teman hidup' lagi untuk masa terdekat. Yang penting kena perbaikki diri dulu, hubungan dengan Allah kena mantap dulu baru la boleh bela anak iye tak? Hehe pandai la kau. Jeles, tuhan je yang tahu bila ada kawan sebatch dan bertunang, tergugat diri ni rase, hihi. Anyway congrats la. Tiera lambat lagi la kot, tungguk grad dulu. Tp rancangan tuhan siapa yang tahu?????

Sunday, January 15, 2012

Tips untuk Temuduga IPG

Salam,

Terutamanya kepada adik-adik lepasan SPM ataupun STPM. Oleh kerana sekarang ni mesti semua berdebar-debar nak apply ke IPT kan? So kat sini nak bagi la tips sikit kepada sesiapa yang berminat nak apply ke Institut Pendidikan Guru. Tak tahulah kalau bentuk temuduga dah ditukar atau tak tapi Tiera akan beri tips melalui pengalaman.

Credits
Oleh kerana my parents are both teachers tambahan ayah Tiera so memang dasat jugak la hari tu.

1. Dokumen wajib pastikan disediakan dahulu dan tersusun

Semasa temuduga, pihak penemuduga akan minta sijil, gambar dan juga salinan kad pengenalan dan banyak lagi benda alah lain. So pastikan anda susun semua salinan ni didalam sebuah file 'clear folder' yang ada poket-poket plastik. Senang diaorang nak view tanpa keluarkan kertas-kertas yang banyak tu tambah kalau korang ni jenis banyak sangat sijil Gambar jangan lupa, Tiera lupa gambar, tak pasal-pasal kena datang balik esoknya.

2. Dokumen perlu disahkan

Ini penting, pastikan sijil anda dan juga salinan fotostes dah disahkan oleh pegawai yang berkenaan. Contohnya pensyarah, penolong kanan, pengetua, ketua kampung dll. yang sesuai.

3. Study!

Jangan kata nak temuduga korang pergi serah diri terus kat penemuduga tu. Rajin-rajin la tanya kakak/abang yang belajar IPG tu. Pastu study jugak karangan yang korang buat untuk temuduga tu, adakan dia suruh buat, nanti dia akan suruh explain balik. Study pasal pendidikan kat negara, falsafah dsg.

4. Pakaian

Kalau korang nak penemuduga kagum dengan korang, first impression sangat penting, dan tentulah pakaian akan menceritakan segalanya. Bagi perempuan Islam, pakai baju kurung, berkasut/ high heels dan bertudung. Lelaki pulak berkemeja lengan panjang, seluar slack hitam/gelap, berkasut hitam dan bertali leher. Perempuan bukan islam, kemeja lengan pendek/panjang, berkasut/high heels dan berskirt bawah dari lutut!

Kalau nak mencontohi admin ni, Tiera pakai baju kurung lengkap dengan tudung, berkasut hitam yang ada heels, berblezer dan bertanda nama. (Memang penemuduga takkan lepas pandang punyalah, Tiera sorang je kot pakai macam tu masa tu)

Warning:- Selipar jamban dan penampilan selekeh/seksi akan direject awal lagi.


Contoh berpakai bagi pekerja kerajaan. (labuhkan tudung ye ^_^)

5. Ramah

Masa tengah menunggu untuk ditemuduga jangan gelabah, sembang-sembang la dengan kawan-kawan lain mana tahu boleh dapat ilmu ke. Tak pun sangkut sorang ke...kih, kih, kih. Mintak nombor telefon kot-kot boleh tanya lepas ni 'ko dapat tak masuk IPG?' Mana tahu nanti jadi kawan sekelas ke..kan?

6. Jawab sampai habis

Masa diberi ujian objektif, jangan tinggal walau satu pun soalan. Tak tahu? Hentam saja, mana tahu bertuah betul. Jawab ikut logik jangan merapu pulak.

7. Pandai curi peluang

Macam group discussion, pastikan anda pandai curi peluang untuk jawap soalan atau beri pendapat. Kalau habis korang tak tahu nak cakap apa pun, korang cakap je ' ya, saya setuju dengan jawapan si polan tadi tu..bla..bla'. Setuju je orang lain cakap pe yang penting korang ada bercakap.

8. Suara

Nak jadi cikgu ni memang menguji vokal tau. Pastikan suara anda tegas, lantang dan kuat. Maksudnya orang boleh dengar la bukan macam berbisik je. Macam mana anak murid nak dengar nanti kan?

9. Emosi

Masa ditemuduga secara individu, kawal emosi. Jangan gelabah. Tiera gelabah sampai penemuduga suruh ambik masa tenangkan diri dulu..arghh malu gila. Jawab dengan tenang dan pandang mata penemuduga tu. Mereka-mereka ni bakal pensyarah korang jugak nanti. Pastu sebelum duduk, tunggu diaorang duduk atau pelawa korang duduk dulu. Jangan macam korang pulak yang nak temuduga diaorang.

10. Tawakal

Last sekali semua dah selesai kita serahkan yang selebihnya pada Allah. Usaha dan jalan, Allah je yang akan tentukan korang layak tak jadi cikgu nanti. Banyakkan doa dan mintak parents pun doakan korang. Pastu jangan mengharap sangat sampai tak apply tempat lain nanti melepas la pulak.


Good Luck ye.

Saat check keputusan kemasukkan ke IPG masih segar dalam ingatan lagi, memang kenangan manis sangat. Tak pernah tengok parents Tiera segembira tu, alhamdulillah~

Harap korang pun akan alami saat-saat tu.

Tuesday, January 3, 2012

Belajar Untuk Memimpin

Salam,

Hari ni first day masuk ke kelas, syukurlah Ketua Unit untuk semester ni kawan baik Tiera sendiri. Bukan kata dia kawan baik so boleh gula-gulakan dia tp kita respect dia n bantu untuk jadi ketua yang baik. Selaku bakal guru ni terpanggil la jugak nak mengulas tentang kes A*** A***, sbb dia turunkan bendera PM masa tengah syiok berdemo.

Bukan nak menyibuk ke apa, tp sekadar memberi pendapat diri sendiri dan tak berniat nak menyinggung siapa pun. Harap-harap Tiera ni tak 'biadap' ye?

Hal Akta Auku. Perkara y di highlightkan adalah kebebasan berpolitik.

Satu perkara yang Tiera nak tanya kepada semua bakal guru dan tak terhad jugak lah pada semua pelajar yang ke IPTA/IPTS?

Korang kesana untuk berpolitik ke atau nak belajar?

Bagi Tiera, masuk ke IPG ni Tiera nak belajar, kekalkan pointer yang best sbb nanti mudah Tiera nak sambung master. Lepas tu Tiera nak kerja sebagai pendidik elok-elok.

Tak salah kalau nak belajar selok-belok berpolitik, mungkin dia nak jd YB ke pas grad, tp berpada-pada lah. Bak kata tuan punya badan y berdemo tu A*** A***, dia kata kedua ibubapanya sokong dia buat macam tu. So tak boleh nak kata apa dah, anak punya pasal kan semua sayang. Tp mana tahu jauh disudut hati kecewa juga, sia-siakan bertahun belajar pastu entah kemana.

Segelintir orang melayu hanya syok sendiri je. Org kata adrinalin tengah naik so macam-macam la yang jadi. Tolong la jangan berlagak sombong biarpun orang yang berdepan dengan kita tu memang pandng rendah dengan kita. Kita bakal guru so kalau nak bidas, bidas berilmiah. Bak kata orang biar orang 'malu alah' dengan kita. Biar dia malu sbb dia tak boleh sampai sama taraf dengan apa yang diri kita telah capai.

Jadi biarlah kita dipihak yang betul baru berani berdiri tinggi, ni nak bantah hal2 belajar, masuk ke kelas pun malas kan? Dia pulak yang sibuk kedepan? Ooopss~

Tiera cakap bedasarkan pengalaman, pernah digula-gulakan oleh pihak tertentu biarpun bukan secara individu.

Orang politik ni, dia suka gunakan kita yang tak berpengalaman sebagai bahan untuk dia naik, jadi kita la kena bijak sendiri kan?

So, bakal guru? Tepuk kepala tanyalah otak. Gud luck untuk sesi pembelajaran 2012.