Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Friday, December 30, 2011

10 Tips Jimat Cermat (Khas Utk Pelajar Kampus)

Salam semua,

Dalam dua hari lagi tahun baru akan menjelma la kan, So ujung2 bulan ni mesti ramai y dah pokai apatah lagi admin y tulis ni haa~

Roadtax pun dah mati, nasib baik ehsan ibubapa tolong jugak barukn balik roadtax..hehe nasib badan. Utk tahu 2012 bermakna Tiera akn bergelar pelajar PISMP Sem 5. Tahun dpn pulak akn berdpn dgn praktikum...brrrr...sebut je dh ketaq.

Credit...
Ok, utk anda2 semua y bakal menadah tangan utk elaun di kampus masing2, tak kiralah PTPTN ke @ elaun IPG ke. Beringatlah dulu ye, ni tips utk korang, harap amalkan~

1. Amalkan Peraturan 10%

So biasanya elaun tak dpt bulan2, tak tau la kalau PTPTN dpt bulan. Seksa ooo kalau dpt bulan. Mcm IPG ni, dia bagi sedebik terus utk satu sem, IPG Tiera la. So simpan la sikit dari duit tu dlm bank, paling sikit 10% ke. Bak kata mak Tiera dia siap bole bg atuk Tiera duit belanja lg tau, dulu elaun mana byk mcm sekarang. Tiera simpan jgk tp x konsisten, utk beli kereta bila dh keje nanti.

2. Wujudkan Dana Kecemasan.

Haa, y ni penting jugak. Mcm Tiera bwk kereta ke kampus so mmg la kena ada duit 'just in case' kan. Tp x buat pon. Kalau rajin buat la. Cuma sekali je Tiera pernah buat, tu pun sbb nk bercuti pnya pasal. Simpan Rm 10 seminggu. Dpt gak Rm100 akhirnya..haha.

3.  Amalkan Tabiat Melabur

Melabur ni tak pandai sangat, tp adalah akaun dlm Amanah Saham Malaysia tu. Cuma kalau nk melabur, selidik dulu latar belakang tmpt y korang nk melabur tu. Jgn pergi tmpt y salah sudah.

4. Buat Perbandingan Semasa Membeli Belah

Yang ni kalau perempuan diaorg rajin la. Lelaki agaknya main sambar je kot???? Hehe. Jalan2 dulu jgn tgk berkenan main ambik je, tgk2 tmpat lain tgh sale tak ke frust. Tp kalau Tiera memang kalau dh berkenan main ambik je. Tp tgk jugak kualiti brg y murah tu, tak semua brg murah tahan lama. Bergantung lah pd kemampuan masing2.

5. Potong Kad Kredit anda?

Kad kredit??? Apa kad kredit?? Apakah student pun dh mampu pakai kad kredit? Wahh, hebat la korang.

6. Kurangkan Bil Elektrik

Ni utk pelajar2 y sewa rumah diluar kawasan kampus. Mcm Tiera semua wajib duduk dlm asrama so beres la bab elektrik ni. Bg y tak jimat2 la ye. Jgn la tinggalkan bilik kipas, lampu, laptop semua on. Sesekali padamkan lampu awal, pakai lilin ke. Romantik gak kan? :-P

7. Jadilah Pelajar Yang Bijak

Sbb korang bijak lah korang belajar kat IPT dan IPG kan? So kalau buat tugasan tu bule je kalau nk cetak dua2 belah muka. Pastu beli isian semula dakwat printer bukannya katrij baru terus. Tak salah rasanya n x rosak pun printer korang tu. Kalau dh lama barulah tukar katrij. Y ni Tiera amalkan sirius jimat. Pastu guna kemudahan kampus dgn sebaik mungkin cth macam cybercafe ke, perpustakaan ke dan tempat fotokopi.

8. Guna Kad Pelajar

Kad pelajar memang berguna, tp bg pelajar IPG di Besut tercinta ni, bule pakai ke? Kalau kat KL bula la utk naik LRT ke, beli buku ke, makan ke? Tah la tak tahu byk lg pasl fungsi kad pelajar IPG tp kalau IPT lain mungkin amat berguna.

9. Guna Pengangkutan Awam

Bg y duduk di kawasan y memang byk pengangkutan awam tu memang bagus. Baik pakai bas @ LRT je. Kat IPG Besut ni memang jarang ada bas utk kesana, kemari. Bayang teksi lalu depan kampus pun susah. Byknya 'kereta sapu' je.

10. Guna Internet utk Buat Panggilan

Bagus gak idea ni. Bule la kalu korang chat ngan BF korang kan, rindu nk dgr suara ke. Kan ada kemudahan utk buat online call. Bukan je bole ckp puas2 tp x pyh byr sesen pun.


So? Tunggu apa lagi. Boleh dah mula dr sekarang. Harap2 korang rasa lebih kaya sikit. Tak adalah hujung semester rasa pokai dah ke, nk pinjam malu plak. Karang pinjam susah nk bayar pulak, ada jugak manusia mcm ni. Pinjam bukan main lagi, nk byr pandai2 la ingat takkan nak tunggu org mintak pulak kan malu pulak. Bila mintak emo2 kat kita plak...errr..hehe. Good Luck n Happy New Year (bak kata org barat). Peace~

Sunday, October 2, 2011

Petua, ohh petua~!

Salam,

kali ni terpanggil nak buat post pasal ni. Petua org tua2 jgn dilupa.
Masa kecik-kecik dulu rajin benar tgk tok pakai bedak sejuk....
BEDAK SEJUK???? Korang tau x apa tu?



Zaman sekarang ramai tak tahu apa bedak sejuk tu, aku tya kawan aku dia tahu tp tak tau untuk apa...peliksss~
Ada pulak yang tanya...'umm bedak sejuk tu bahaya tak kalau pakai?'
Ketawa guling-guling dgr soalan tu.
Kalau nk tahu dr moyang korang lg pakai bedak sejuk tu, lg elok dr pakai pencuci @ krim y ada skrg.
Bedak sejuk ni setahu aku masa nak buat baunya tuhan saja yang tahu betapa busuk. Sebab ia dihasilkan dari beras lama yang direndam selama beberapa minggu hingga bulan.
Bila dh siap barulah dicampur dengan bunga atau daun pandan utk bg wangi pastu letak dlm daun sirih n picit dalam bekas dan jemur bg kering...taraaaa jd la bedak sejuk.
Aku ni malas nak pakai bedak sejuk, tp baru-baru ni aku p camping 4 hari 3 malam kat Kem Tebu View...wahhhhh mmg sunburn teruk muka aku, tp ada yang teruk lg.
Masa aku sem 1 dulu aku ada p camping, baru lepas burn sbb kayak ke pulau, ada y pi calit kiwi kat muka aku. Konon2 nk buat ala2 tentera la konon. Perghhh sedap gila, menangis2 p tandas basuh sbb pedih y amat. Balik2 muka aku terus kena radang. Gerammmm~
So aku start pakai bedak sejuk sbb x tahan. Kena paksa diri jd rajin le nk putih balik punya pasal. Tiap-tiap malam aku tempek bedak sejuk kat muka.

Cara-cara pakai bedak sejuk:-
1. Ambil du tiga butir, bergantung la byk mana korang nk bubuh kat muka. Tak ada had.

2. Letak air, jgn banyak sgt atau sikit. sedang elok sudah dgn kuantiti bedak sejuk y korang amek.

3. Gaul kan supaya jg mcm air susu g2.

4. sapu kat muka, tepuk lembut kat muka.

5. Tunggu sampai kering, selalu aku tidur ngan bedak sejuk tu skali. sekejap je kering.

6. Masa nak basuh, basahkan tangan pastu urut muka dgn gerakan memutar ala2 sapu scrub kat muka.

7. Pastu cuci lah muka.

8. Amalkan. atleast garis balar kat muka tu hilang.

Tu la cara aku pakai, bedak sejuk ni sumpah tak bahaya. So korang nk letak sebotol sekali harung pun x kisah. Selalu aku letak atas tangan (bancuh atas tapak tangan) pastu sapu terus kat muka tak payah payah2 bancuh dlm bekas sbb pakai sikit ja dh ok. So cuba la. Tgh tulis post ni pun aku tgh pakai bedak sejuk..kih3~~