Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Wednesday, October 26, 2011

HolidayOverSeas: Pekanbaru, Indonesia 1

Salam,
Ni y teruja nak cerita ni.
First time aku keluar dari negara ni...ke mana...ke PEKANBARU!!!
Maybe ada y lagi tak bertuah dari aku tp syukur lah my parents ada hati nak ajak anak-anak dia berjalan jauh gak.

Weee....! Haha ketinggalan benor makcik ni~
First time jugak aku naik flight (ni pun teruja juga, darat tak?) Almaklumlah kami ni keluarga sederhana, tak la sampai sesetengah orang nak p KL dari Kedah pn tempah flight, aku bersawang dalam kereta 8 jam travel, sampai akhirnya aku dapat mabuk darat tau kalu jadi penumpang, so kena jd driver slalu lee~
Cuti Deepavali ni, my dad  bawak aku n dua adik ak y kecik2 ni pergi buat passport, siap tangkap gambar baru bagi cun2 letak dalam tu. So beres, aku buleh dah travel tinggal dua adik bawah aku ni lagi tak buat passport sebab busy dgn kelas n sekolah. Nasib badan la skrg IPG suka cuti lama-lama. Sekolah mak aku tak cuti pon..hmmm
Kami akan ke Pekanbaru, insyaallah kalu tak ada aral hujung tahun ni. Bila? Ak pn tak amek tau lg sbb tak mau loose focus utk final semester exam tak lama lagi.
Skrg nak cari info pasal Pekanbaru y aku tak berapa nk familiar sangat ni tp nampak gaya city of shopping2 gak nih. Haha abis la duit aku pas ni....

P/S:- Seronok dengar bila duit kita tukar ke rupiah.."mbak mahu berapa juta ya, saya bisa kasi...hehe"

Klik...(BERSAMBUNG)...

Wednesday, October 12, 2011

Misteri Titanic

Salam,
Haha, kali ni tetiba nak post cite misteri. Masa tengah menunggu kelas teknologi dalam pendidikan start tadi tetiba tgk discovery channel. Dlm tu tgh siar cita pasal GhostLab, ala2 Seekers la.
So bila masuk makmal, tggu apa lg Google terus la ke cerita-cerita misteri dunia. Terjumpa pulak tentang kisah Titanic y memang ironic gila.
Titanic, teringin plak nak naik cruise...


Hahaha......
Kisah dia macam ni...@_@ suspen~suspen~
Terdapat sebuah novel karya Morgan Robertson. Beliau ni menulis sebuah novel tentang sebuah kapal persiaran yang diberi nama Titan.

 
Novel ni bercerita tentang penemuan besar dunia dalam bentuk kapal "Luxury Liner" seberat 75000 ton dengan panjang sekitar 880 kaki (Titanic pulak memiliki berat 66000 ton dgn panjang 882 kaki). Berat ni lebih kurang la antara dua-dua kapal ni.

Kalau nak tahu, Titanic dilengkapi 3 penggerak berupa kipas (propeller) beserta 2 tiang layar (mast) dan berlayar pada April 1912 dari South Hampton, Inggeris. Titan, juga memiliki jumlah propeller dan tiang yang sama, dan berangkat pada bulan April.

Titanic, ada 20 Perahu Cadangan, dan dpt menampung 3000 penumpang manakala Titan, punya 23 Perahu Cadangan, dan menampung 3000 penumpang.

Pada kecepatan 22 .5 knot, Titanic eksiden dengan blok ais pada malam berkabus di perairan Atlantik utara manakala pada kecepatan 25 knot, Titan juga mengalami nasib yang sama di tempat yg sama dan juga eksiden pada sekitar tengah malam!Masa yang sama dengan kemalangan Titanic.

Lebih dari setengah penumpang Titanic (sekitar 2207 penumpang) tekorban akibat peristiwa tersebut. Sementara untuk Titan, lebih dari setengah penumpangnya (sekitar 2500 penumpang) juga tekorban.

YANG BESTNYA, NOVEL NI KELUAR 14 TAHUN SEBELUM TITANIC BERLAYAR PUN!!! PELIK TAK? KEBETULAN KOT....

Wednesday, October 5, 2011

JaPan AnImE CraZe~!

Salam,
Korang, blogger ni bru je lepas menyumbang suara merdu ni untuk Hari Inovasi peringkat IPG...hebat x? Hebat kan? Hehe~

Alaa, x pnh bg tahu kan? Kita adlh salah sorg ahli koir maktab (senior/pro) tp skrg dh beransur-ansur undur diri sbb nk biar junior ambik alih. Tahun dpn dh praktikummmm...Y_Y

Smlm tgh syiok lyn youtube tetiba pulak tgk top 10 anime y paling best pnh ditonton. Kita pn x nafi, anime jepun (movie shj) memang best sbb mesej dia x terhad pd cinta semata-mata. CInta pd alam pn jd bahan tau~

Stakat ni baru cover cite Ponyo, Spirited Away dan Grave of the Fireflies (sedey sgt citer ni, kompem nangis).

Ni la citer Ponyo, comel x? Dia anak ikan duyung....

Korang tak terliur ke tgk Ramen dia? Gila nampak sedap (ke dapur msk megi) ^_^


Memula mcm seram je...


Byk watak y menarik, pengajrn dia pun byk..jgn makan byk..haha~


Citer ni la y paling sedeh dlm byk movie Y_Y

Citer ni last tgk masa form 1? Lupa dh...

Grave Of The Fireflies ni citer pasal kesusahan masa zaman perang jepun. Dua adik beradik ni berhijrah untuk elak perang dan kebuluran. Susah payah diaorg berdua memang menyedihkan. Bygkan kite baru form 1 dah menangis gila2  Nak ulang dua tiga kali pun tak sanggup sbb kesian sgt kat depa. Sampai fruit drop kegemaran adik dia pun jd cita sbb susah nk dpt masa perang kan? Sedeh sbb adik dia last-last mati...tak lama kemudian abg dia pun menyusul...uwaaa~sob, sob..


Coming Soon!!!
Ada lg tp lupa, ni tgh download The Cats Return...(sbb sy suka kucing~!).

Sapa nak join???!!! Jom pakat marathon movie anime jepun, kompem x nyesal. Pasni byk lg review y kite akan post so tunggu je la~