Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Showing posts with label character. Show all posts
Showing posts with label character. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

K-Drama : Arang and The Magistrate Part 2

Hi anda-anda semua!

Mesti tertanya-tanya kan siapa pelakon dan watak yang ada dalam K-Drama : Arang and The Magustrate. Enjoy...

Watak y paling Tiera suka sekali setakat ni ialah...watak Magistrate ni.

Magistrat Kim Eun Oh (Lee Jun Ki)


Dia seorang yang tidak mempedulikan hal orang lain dalam dunia ni dan lebih suka mengembara di sekitar Dinesti Joseon. Dia tak dapat kekal lama di suatu tempat dan tidak tahu pasal perempuan dan kejayaan. Sejak dari kecil dia dapat mendengar, melihat dan menyentuh hantu, jadi ia menjadi masalah apabila hantu2 asyik meminta tolongnya untuk menunaikan 'hasrat' terakhir mereka. Pada masa yang sama dia mencari ibunya yang hilang dan akhirnya sampai di daerah Miryang. Walaupun luaran dia seorang yang sinis dan keras hati tapi sebenarnya dia seorang yang berhati lembut. Dia kemudiannya diperdaya Arang untuk menjadi Magistrate di Miryang dan berdepan dengan pelbagai kejadian yang pelik.

Lee Seo-Rim / Arang (Shin Min Ah)


Dia seorang gadis yang kasar dan cergas berbeza dengan personalitinya semasa dia hidup (Lee Seo Rim) iaitu pemalu dan lemah-lembut. Wataknya berbeza dengan heroin lain dimana ia kasar, keras kepala dan suka bertindak melulu. Sebagai hantu, dia hilang memorinya ketika hidup dan cuba mencari jalan untuk mengingati kenapa dia mati. Oleh kerana terlalu terdesak dia cuba meminta tolong beberapa orang magistrate dan akhirnya berjaya meyakinkan Magistrate baru Kim Eun Oh untuk menolongnya. Dia kembali ke dunia sebagai manusia setelah membuat perjanjian dengan Jade Emperor dan diberi masa 3 purnama untuk mencari sebab kematiannya. Dia dan Eun Oh bekerjasama membongkarkan pelbagai kes tanpa menyedari mereka bakal berdepan dengan sesuatu yang mengejutkan.

Young Master Ju Wal (Yeon Woo Jin)


Dia adalah seorang anak angkat kepada seorang bangsawan yang mempunyai kuasa di Miryang. Dia seorang dingin dan kejam. Seumur hidupnya dia hidup disebalik identiti seorang lelaki muda yang digilai gadis untuk menyembunyikan identiti sebenarnya. Pada asalnya dia adalah anak jalanan yang hanya mengimpikan kehidupan yang lebih baik. High Shaman akhirnya membela dia untuk dijadikan sebagai pemburu roh yang baru sebagai balasan kepada status dan kuasa. Dia mula goyah sejak kemunculan Arang sebagai manusia dan mula membongkar semula memori lama yang menyakitkan. Dia pernah menjadi tunang kepada Lee Seo Rim namun memutuskan tunangan itu akibat tentangan dari High Shaman.

Shaman Bang Wool (Hwang Bora)


Shaman atau bomoh ni tak tahu lah nak dikatakan ada kuasa atau tidak tapi dia hanya berupaya mendengar suara hantu tapi tak boleh melihat mereka. Dia mendakwa datang dari 10 generasi shaman yang terkenal di Miryang. Jadi dia akhirnya hidup susah dengan menipu orang. Dia selalu dilihat berdoa untuk diberikan kuasa dari nenek moyang dan dihantarkan semangat dari dunia lain sebagai pendamping. Dia dihantui oleh Arang dan  tidak menyukainya kerana baginya Arang bukanlah hantu yang sesuai untuk membantunya mencari makan. Dia selalu terjerat dengan pelbagai permintaan Arang dan cuba menjauhkan diri dari bertemankan hantu itu.

Dol-Swe (Kwon Oh Joong)

Dol Swe adalah pembantu peribadi Kim Eun Oh yang bersumpah akan menjaga Eun Oh buat selamanya. Dia seorang yang ringkas, kasar dan realistik.Dia suka menyindir dan kasar dengan Eun-Oh oleh kerana perangai Eun-Oh sendiri namun sebenarnya hatinya benar2 'sayang' dengan tuannya itu. Dia berasa cemburu apabila tuannya mulai rapat dengan Arang dan cuba melindungi tuan mudanya dari di'goda' Arang. Dia memang suka memerhatikan tingkah laku 3 pegawai di pejabat Magsitrate kerana mereka in ada sahaja rancangan untuk menyingkirkan Eun Oh dan dia.

Ketua Pegawai Neraka/ Grim Reaper, Moo Young (Han Jung Soo)

Pencabut Nyawa (konon) yang bernama Moo Young. Dia seorang yang tak mempunyai perasaan dan hanya tahu menerima arahan dari 'pihak atasan'. Dai seorang yang dingin dan bertindak rasional dalam pelbagai hal. Dia adalah orang kanan kepada 'Raja Neraka' namun rapat dengan 'Raja Syurga' Jade Emperor dan sedia menerima arahan darinya. Dia sebenarnya pernah hidup sebagai manusia dan mempunyai sejarah yang agak samar.

Jade emperor (Yoo Seung Ho)


Maharaja Jade ini digambarkan sebagai raja di syurga. Arang pada mulanya menyangka dia adalah 'orang tua' tetapi tiada siapa yang tahu umur sebenarnya. Dia digambarkan sebagai Maharaja Jade yang kacak dengan penampilan yang mempesonakan. Dia berminat dalam perkara seperti seni, perempuan, peach dan pertaruhan. Walaupun dia dianggap sebagai orang tua namun sikapnya adalah sangat berkarisma apabila diperlukan dan ia membuatkan peranannya sebagai penguasa dunia syurga tidak dapat dipertikaikan.

King of the underworld (Park Jun Kyu)
The King will be the one who punishes all the bad guys, but he looks like a fun person to be around although his job is super scary


Dia seorang yang ideologist dan percaya bahawa setiap yang dikatakan adalah peraturan. Jadi dia amat tidak suka kepada manusia yang tidak pengikut prinsip asal untuk ke dunia seterusnya. Oleh itu apabila Arang muncul sebagai hantu yang tidak mahu pulang ke dunia roh maka dia mula tidak senang duduk. Kegemarannya adalah semua yang berkaitan dengan pengiraan. Luaran menggambarkan dia sebagai orang tua yang sirius tapi ada yang mengatakan dia sebenarnya kembar kepada Jade Emperor. Dia mempunyai personaliti yang lucu dan suka bersaing dengan Jade Emperor. Dia rakan baik kepada Jade Emperor..atau satu-satunya rakannya.

Lord Choi (Kim Young Gun)


Seorang yang sangat berpengaruh dan membawa simbol ketamakkan. Dia seorang yang melambangkan orang yang kaya dan jahat. Dia mahukan apa yang dia boleh dapat tanpa mengira apa cara pun. Oleh kerana berada dibawah kekuasaan seorang shaman perempuan yang misteri maka dia sentiasa takut kehilangan apa yang dia ada. Dia juga terpaksa menerima Ju Wal sebagai anak angkatnya atas arahan shaman perempuan itu. Dia berasa amat tergugat sejak kedatangan Eun Oh sebagai Magistrate baru di Miryang.
High Shaman/ Eun Oh Mother



Dialah High Shaman yang menjadi pencetus kepada semua misteri di Miryang. Rupa sebenarnya bukanlah seperti ini, dia sebenarnya salah seorang bidadari yang dibuang ke bumi akibat salah laku. Dia membuat perjanjian dan merasuk kedalam badan ibu Eun Oh. Untuk memenuhi hasratnya hidup sebagai manusia, dia menjadi tamak dan kemudian ingin hidup selamanya. Oleh itu, dia mengambil Lord Choi sebagai pemburuh roh dan sebagai tukaran dia memberikan pangkat dan kuasa. Setiap malam bulan mengambang dia akan dipersembahkan dengan roh gadis yang berhati suci (konon). Apabila Lord Choi sudah tua, dia mengambil Ju Wal sebagai pemburu baru dan untuk menyembunyikan hubungan ini, Ju Wal dikatakan anak kepada Lord Choi. Dia mempunyai hubungan dengan Moo Young (Grim Reaper).
Sebagai Ibu Eun Oh, dia seorang yang penuh dengan dendam kepada Lord Choi yang dikatakan telah memfitnah seluruh keluarganya dan membunuh semua ahli keluarga ibu Eun Oh. Ibu Eun Oh terlalu obses untuk membalas dendam sehingga mengabaikan Eun Oh dan menyuruh anaknya tinggal dengan keluarga baru suaminya yang lebih berdarjat tinggi. Dia kemudian ke Miryang untuk meracun Lord Choi namun tertangkap. Apabila dijanjikan pembalasan oleh High Shaman ini maka dia bersetuju untuk membiarkan High Shaman menggunakan badannya.
Aduhh, panjang sangat...BERSAMBUNG!!!!

 

Thursday, February 9, 2012

The Sims 3:- Alto's Family

Salam korunk,

Hari ni Tiera nak perkenalkan ahli keluarga yang Tiera jaga dalam The Sims 3. Kira ni dah keturunan yang ke tiga la sebab Tiera start dengan atuk dan nenek diaorang dan time tu atuk n nenek tu masuh muda lagi. Ok...enjoy

Darwin Alto
Nama dia Tiera bagi sebab cerita kartun The Amizing World of Gumball. Adik Tiera le gatal suruh namakan dia Darwin. It turn out that he is such a handsome young man. Haha..sebab ayah dia ensem, mak dia biasa-biasa je. Tiera letak lifetime wish untuk jadi Rock Start...Ooo yeah! Oh ye, dia dah tak available dah, dah kawin ada anak satu dah skrg. haha


Kelly Alto
Dia still single, kakak kepada Darwin dan kerja sebagai Pegawai Polis. Ntah kenapa, malas Tiera nak kahwinkan dia. Nanti la kot.





Ni Marry Anne
 Ni anak kepada Darwin, Tiera snap masa dia baru lahir. Kecik lg kalau zoom pun tak berapa nak nampak muka. Nanti blur plak.
Add caption
Ni la parents diaorang dari keturunan yang ke dua. Dah tua dah. suami dia pun tak lama dah. Tunggu masa nak pergi je. Isteri dia pandai gila melukis, saya la yang latih...wakaka. Suami dia pandai tulis novel, kira novelis la ni. Best boleh bagi nama novel dia ikut suka Tiera  je..hehe

Wednesday, October 5, 2011

JaPan AnImE CraZe~!

Salam,
Korang, blogger ni bru je lepas menyumbang suara merdu ni untuk Hari Inovasi peringkat IPG...hebat x? Hebat kan? Hehe~

Alaa, x pnh bg tahu kan? Kita adlh salah sorg ahli koir maktab (senior/pro) tp skrg dh beransur-ansur undur diri sbb nk biar junior ambik alih. Tahun dpn dh praktikummmm...Y_Y

Smlm tgh syiok lyn youtube tetiba pulak tgk top 10 anime y paling best pnh ditonton. Kita pn x nafi, anime jepun (movie shj) memang best sbb mesej dia x terhad pd cinta semata-mata. CInta pd alam pn jd bahan tau~

Stakat ni baru cover cite Ponyo, Spirited Away dan Grave of the Fireflies (sedey sgt citer ni, kompem nangis).

Ni la citer Ponyo, comel x? Dia anak ikan duyung....

Korang tak terliur ke tgk Ramen dia? Gila nampak sedap (ke dapur msk megi) ^_^


Memula mcm seram je...


Byk watak y menarik, pengajrn dia pun byk..jgn makan byk..haha~


Citer ni la y paling sedeh dlm byk movie Y_Y

Citer ni last tgk masa form 1? Lupa dh...

Grave Of The Fireflies ni citer pasal kesusahan masa zaman perang jepun. Dua adik beradik ni berhijrah untuk elak perang dan kebuluran. Susah payah diaorg berdua memang menyedihkan. Bygkan kite baru form 1 dah menangis gila2  Nak ulang dua tiga kali pun tak sanggup sbb kesian sgt kat depa. Sampai fruit drop kegemaran adik dia pun jd cita sbb susah nk dpt masa perang kan? Sedeh sbb adik dia last-last mati...tak lama kemudian abg dia pun menyusul...uwaaa~sob, sob..


Coming Soon!!!
Ada lg tp lupa, ni tgh download The Cats Return...(sbb sy suka kucing~!).

Sapa nak join???!!! Jom pakat marathon movie anime jepun, kompem x nyesal. Pasni byk lg review y kite akan post so tunggu je la~


Tuesday, October 7, 2008

The Character Reviews


Joo Ji Hoon

Well, I can't say much about him cause I really dislike his charater as Prince Shin and once I saw him bad I always see him bad even he carries such a dear character in other drama. Sorry to say he is not my type the moment I saw the charater he carried in this drama.
However to please his fan here are what I think about his character in Princess Hour.
Prince Shin (Crown Prince)
At first look he appears as a dislikable character that everyone hate, with his ego, bad-tampered, reserved and some time he so cold hearted. No wonder Chae-Kyung more attracted to Price Yul who is his exact opposite . However we can see that he have a good heart as he relationship is really close to Prince Yul and continue to be his good friend eventhough The Empress (his mother) told bad things about Yul. When the story continue He shows his true colour as a lonely prince just to find some space for himself. This should capture my heart but as I say once I see his first appearence as a bad character always he will always stay bad...