Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Showing posts with label anime. Show all posts
Showing posts with label anime. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

Japan Anime :- Howl's Moving Castle

Salam,

Baru je selesai tengok satu lagi karya Hayao Miyazaki iaitu Howl's Moving Castle.

Macam mana ye nak gambarkan perasaan ni? Puas, terharu, macam jatuh cinta pun ada jugak? Ade ke? Haha...

Memang tumbs up la, kelas gitu. Memang rasa nak jadi Sofie pulak dalam cerita tu dan Howl memang handsome walaupun dia hanya kartun.

Walaupun cerita ni dah lama tapi tak pernah lapuk dek hujan macam cerita Ponyo.


Howl's Moving Castle ni mengisahkan tentang Sofie yang menguruskan kedai topi ayahnya. Sofie ni tanpa tak sengaja terjumpa dengan Howl lepas dia kena kacau dengan askar. Tanpa disangka dia terlibat dalam kejar mengejar antara Howl dengan anak buah Solomon. Howl ni agak terkenal sebagai ahli sihir yang hebat tapi suka berfoya-foya. Suatu hari ada seorang ahli sihir jahat yang berdendam dengan Howl sihirkan Sofie supaya jadi tua dan cuma Howl boleh musnahkan sihir tu. So Sofie pun pergilah cari rumah Howl yang dipanggil Moving Castle. Lepas jumpa castle tu dia pun bekerja sebagai pembantu rumah dan dia tak boleh bagi tahu yang dia disihir. Howl ni memang dah tahu dah jadi dia cuba bantu Sofie tapi pada masa yang sama dia ada masalah dia sendiri sebab dia bermusuh dengan Solomon. Howl makin hilang kemanusiaan dia dan cuma Sofie saja yang boleh membantu dia mencari hatinya yang hilang dulu.

Masa pertama kali berjumpa

Ni La Howl's Moving Castle

Sofie and Calsifer a.k.a Howl's heart

Versi Serabut : Hensem tak?

Versi Kemas : Kiut,kiut~

Hmmph, Markel, Turnip y sbnrnya seorang putera
Penat dgr Hmmph menyalak, tak bunyi macam anjing menyalak, bunyi macam org tengah penat/asma je, dgr je pun dah penat.
Kualiti cerita dia memang hebat lah cuma kapal-kapal terbang dia agak menakutkan sikit. Tp pemandangan dia memang indah. Macam teringin hidup dalam dunia tu. Howl pulak kadang-kadang macam budak-budak tapi macho dan cool!

Memang bertuah jadi Sofie, harap Tiera pun akan jumpa "si dia' tak lama lagi. Amin~

p/s: Howl hadiahkan satu taman untuk Sofie, kalau berkelah tiap-tiap hari pun Tiera sanggup kat situ, memang serius lawa!

p/p/s:- Tgk cerita ni menangis, terharu, ketawa...dah lama tak macam ni. I like!

Wednesday, October 5, 2011

JaPan AnImE CraZe~!

Salam,
Korang, blogger ni bru je lepas menyumbang suara merdu ni untuk Hari Inovasi peringkat IPG...hebat x? Hebat kan? Hehe~

Alaa, x pnh bg tahu kan? Kita adlh salah sorg ahli koir maktab (senior/pro) tp skrg dh beransur-ansur undur diri sbb nk biar junior ambik alih. Tahun dpn dh praktikummmm...Y_Y

Smlm tgh syiok lyn youtube tetiba pulak tgk top 10 anime y paling best pnh ditonton. Kita pn x nafi, anime jepun (movie shj) memang best sbb mesej dia x terhad pd cinta semata-mata. CInta pd alam pn jd bahan tau~

Stakat ni baru cover cite Ponyo, Spirited Away dan Grave of the Fireflies (sedey sgt citer ni, kompem nangis).

Ni la citer Ponyo, comel x? Dia anak ikan duyung....

Korang tak terliur ke tgk Ramen dia? Gila nampak sedap (ke dapur msk megi) ^_^


Memula mcm seram je...


Byk watak y menarik, pengajrn dia pun byk..jgn makan byk..haha~


Citer ni la y paling sedeh dlm byk movie Y_Y

Citer ni last tgk masa form 1? Lupa dh...

Grave Of The Fireflies ni citer pasal kesusahan masa zaman perang jepun. Dua adik beradik ni berhijrah untuk elak perang dan kebuluran. Susah payah diaorg berdua memang menyedihkan. Bygkan kite baru form 1 dah menangis gila2  Nak ulang dua tiga kali pun tak sanggup sbb kesian sgt kat depa. Sampai fruit drop kegemaran adik dia pun jd cita sbb susah nk dpt masa perang kan? Sedeh sbb adik dia last-last mati...tak lama kemudian abg dia pun menyusul...uwaaa~sob, sob..


Coming Soon!!!
Ada lg tp lupa, ni tgh download The Cats Return...(sbb sy suka kucing~!).

Sapa nak join???!!! Jom pakat marathon movie anime jepun, kompem x nyesal. Pasni byk lg review y kite akan post so tunggu je la~