Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Saturday, August 31, 2013

We Got Married: Season 4!

Salam and Anyeong!

Haaa, setelah berpisahnya kapel bagi season 3 dengan air mata yang berlinangan Tiera melambai pasangan Kwanghee dan Sunhwa, Julien dan Sae-ah serta pasangan kontroversi Lee Joon dan Haetnim.
 
Hadoiihh, penat benar dok ketawakan telatah mereka. So season 4 untuk We Got Married kali ini menampilkan 3 pasangan baru iaitu pertama JinWoon dan JunHee (Fashionista Couple), JungChi dan JungIn (Real Couple) dan akhir sekali....jeng, jeng, jeng Teamin ShiNee dan NaEun APink (First Love Couple) wooooo~

Setiap dari pasangan ni ada kelebihan masing-masing.


From Google : Wedding Photo shoot JinHee Couple

1. JinWoon (2AM) dan pelakon JunHee memang suka dengan fashion. Walaupun umur JunHee tua 6 tahun dari Jin Woon diaorang tak nampak kekok. Mungkin personality JunHee yang kiut dan Jin Woon yang matang balance kan hubungan diaorang. Skinship diaorang pun natural, suka tengok.



From Google : Wedding Photo Shoot Jung Couple

2. JungChi dan JungIn ni memang couple sebenar walaupun di dunia sebenar. JungChi adalah pemain gitar professional dan JungIn adalah penyanyi y ada suara power. Tapi kapel ni macam....err....unik sikit. 11 tahun kapel and still going strong. Kenapa? Haaa ni y kena tengok ni.


From Google : Wedding Photo Shoot Taeun Couple

3. ShiNee back! Cheewah, kalau selama ni Tiera Nampak Minho je kali ni baru la kenal maknae cute kumpulan ni iaitu Taemin. NaEun pulak adalah pendatang baru dari kumpulan APink, lagu2 dia best jugak. Mula2 macam tak suka sikit dgn Naeun ni sebab apa2 yang Taemin buat, dia susah untuk tersentuh, macam hati dia tertutup. Sian pulak dgn Taemin dah la cute. Pastu lama sikit,pasangan ni la yang paling Tiera nanti-nantikan episode dia. Yang paling best masa Taemin nak tgk pesembahan live APink dalam handset dia n tetiba ada problem, sakan dia mengamuk.


Anyway cepat la upload nak tgk sambungan ni!

P/S : muka TaeminNaeun sama laa!

Wednesday, July 31, 2013

Buka Puasa Terakhir di A.M. Tarbush Restoran

Salam,

Setiap sem, kelas kajian sosial 2 IPG KSM akan mengadakan jamuan berbuka puasa. Sayangnya kali ini mungkin buat  yang terakhir kalinya sebelum semua dipostingkan ke SeRaWak/SaBaH kecuali Tiera...hahaha. Kejam gila. Fuh2 semoga semua dapat semenangjung ye, jangan marah. Jom kita tengok sekitar majlis berbuka yang gempak ni.

Kami berbuka di A.M. Tarbush sebuah restoran arab di Kota Bharu. Lokasinya terletak seberang Billion, KB. Kami pilih utk makan buffet so bajet dlm RM38...mahai kan? Haha padan la kami makan tu semua daging kambing kot,

Memang terbaik la, penuh meja.

Mostly hidangan y kitaorg x pernah rasa.
Serius sedap, sebab kebanyakkan hidangan kitaorg x pernah jumpa. Tuan kedai dia memang orang arab so memang masakan kaw, kaw punya. Antara yang masakan Tiera kenal dan rasa malam tu:

1.Daging kambing bakar
2. nasi mandy
3.sosej n wedges with cheese sauce
4.bandung coctail
5.stew kambing
6.isi ayam celup tepung wif chili sauce
7. salad apa ntah
8. kebab ayam and daging
9.lasagne
10. ayam masak apa ntah tapi sedap
11.Ice lemon tea
12. Air Nenas ke?
13. Susu Kambing
14. Pudding Triffle
15. Buah-buahan
16. Puding Gula Hangus
17. Banyak lagi tak sempat nk rasa semua....huhu


Ni pinggan Tiera, nasi amek sikit ja, lauk banyak!

My two good friend, muka puas ati abes la ni.

Taraaa~! Sommul (hadiah)
Sebelum balik, tertengok dalam peti ais dia, ada jual air dari arab. Sorang kawan beli la satu air botol ni, dia kata dia biasa minum. Air Barbican perisan buah delima. Air gas rupanya. Tuan kedai kata, ia sejenis beer non-alcoholic yang halal. Air ni bukan air biasa tapi diminum sebagai air kesihatan di negara sana. Sedap la jugak tapi air gas ni Tiera kurang sikit, apa-apa pun suka try benda baru. Rindu la korang lepas ni...End~



Tuesday, July 23, 2013

Cosmetic Product?

Salam,

Hari ni Tiera nak cita pasal barang-barang kosmetik yang berlambak-lambar terjual di laman sesawang sekarang. Sebenarnya Tiera sendiri pun suka jugak beli online sbb kat luar susah nak dapat. Tapi hakikatnya kalau kita beli kat kedai, barang-barang macam ni lebih murah. Konon harga jualan RMxx tapi jual lebih murah untuk pancing pembeli. Hari ni terbukti lah jugak, biasa la orang nak ambik untung tapi rasa melampau pulak.

Sejak akhir-akhir ni Tiera suka pulak pakai bedak arab, ala y kena basahkan span dan boleh bawak sembahyang. Texture dia tak berat and more coverage. Muka pun nmpak cerah sbb kawan-kawan ada jugak y tegur. Dulu beli dengan kawan bedak arab Kokuryu, Summer cake. Tup2 smpai bekas warna putih, biasa bekas merah kan? Ingat dah kena tipu nak tanya pun...kawan kita kan..hmmm

Apa2 pun alhamdulillah sedap juga pakainya. So dah dapat elaun terakhir ni beli satu lagi bedak, tuan kedai rekemen. Katanya bedak Syria ni sama dengan bedak arab. Lama Tiera belek sbb harga sama dengan bedak arab tapi bedak Syria ni banyak dan bekas dia pun cantik.Nak tahu harga berapa? Kalau dibandingkan dengan kat online cuma RM35 je (bedak arab n bedak syria). Tiera pun tawar-tawar dapat la murah sikit.



Tak pakai lagi, harap-harap hasil sama lah dengan bedak arab yang Tiera selalu pakai tu. So kesimpulannya, beli kat kedai lagi murah, boleh belek lama-lama. haha. End~