Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Showing posts with label we got married. Show all posts
Showing posts with label we got married. Show all posts

Friday, September 13, 2013

We Got Married : TeukSo Couple 1

Salam,

Siapa kenal dengan pasangan TeukSo dari Season 3 WMG? Anyway bg y tak tahu boleh baca kat sini. Kalu tahu, Tiera nk cerita sikit macam mana pertemuan pertama mereka dalam WMG.

Setiap kali pasangan baru bertemu, crew WMG akan buat gimik dan scene mcm mana diaorang akan berjumpa buat kali pertama. Cth. KhunToria (Nickhun + Victoria) jumpa masa naik Namsan Tower.

Begini Ceritanya....

Lee Teuk mmg excited masa dpt tahu dia akan jadi pengantin lelaki bagi season 3 WMG, jadi dia telah edarkan satu kad jemputan perkahwinan dan nama pengantin perempuan 'Pretty' sbb dia tak tahu siapa pengantin perempuan tu. Semua rakan artis jeles bila dengar LeeTeuk dah 'kahwin'.
 
Pada sebelah malamnya, LeeTeuk dgn pakaian yang habis smart pergi ke sebuah teater utk berjumpa dengan pengantin perempuannya. Tanpa dia sedar, ahli kumpulan Suju yang lain menyorok kat belakang teater utk spy dia. Diaorg jeles sbb LeeTeuk dpt masuk WMG.


Rupanya isteri saya Kang Sora...mesti LeeTeuk pikir cm ni.
 
Sementara menunggu LeeTeuk ditayangkan dengan sedutan beberapa pelakon wanita terkenal spt Lee Da Hea, Kim Tae Hee dan lain-lain. LeeTeuk gementar gila time ni. So pd masa yang sama seorg gadis dgn dress hitam melangkah masuk. Disaat dia masuk ke dalam teater, tayangan berhenti pada seorang pelakon baru bg filem 'Sunny' dan dibintangi oleh Kang Sora!
 
Alamak, lupa nak ajak dia duduk...sian Sora.
 
Bila bertemu muka, diaorg sgt nervous sampai LeeTeuk lupa nak ajak Sora duduk sekali dengan dia. Diaorg sangat janggal sampai tak tahu nak sembang apa. Ahli kumpulan yang tak tahan dengan kejanggalan mereka tetiba menyibuk dan cuba 'ice breaking' pasangan ni. Ahli Suju mmg nakal, diaorg suruh pasangan ni menari, pertandingan merenung dan cari 'pet name'. LeeTeuk panggil Sora (Baby Princess) dan Sora panggil LeeTeuk (Prince) Haha.
 
 
Walaupun masih tak biasa akhirnya mereka ke tapak date mereka yang pertama iaitu disebuah restoran mewah.
 
Disana mereka cuba membuatkan diri selesa antara satu sama lain. First date diaorg dah boleh makan bersuap. LeeTeuk pulak mainkan keyboard khas kepada Sora dan juga lagu gubahan dia sendiri. Walaupun Sora menafikan dia tahu bermain piano tp nampaknya dia mmg lagi terer main piano dari LeeTeuk. Anyway malam tu diaorg sangat romantik + pemalu.

 

Tuesday, September 3, 2013

We Got Married? Apa tu?

Salam semua...

Haa berkenaan dengan tajuk ni Tiera nak jelaskan pada yang tak tahu,sekadar perkongsian sahaja. Rasanya korang tahu kan variety show RUNNING MAN? Tiera tahu and diaorang kata best, tapi Tiera tak tengok sebab takut addicted pulak, udahla episode dia cam banyak gila.
 
Anyway, ada yang tak tahu apa tu rancangan We Got Married (WGM) yang disiarkan oleh MBC. Rancangan ni bermula pada 2008 dan berkonsepkan reality show
rasanya lagi lama dari Running Man.
 
Sumber Google
 

Info ringkas:-

1. Setiap musim atau season, tiga pasangan akan dipilih secara rawak dari kalangan artis di Korea, tak kira la pelakon, penyanyi, penari, pemain gitar asalkan dalam bidang hiburan.

2. Secara berpasangan (lelaki dan perempuan) mereka akan menjalani hidup sebagai pasangan yang berkahwin.

3. Kebanyakkan pasangan tak mengenali atau sekadar rakan sekerja sahaja

4. Selepas mereka dipasangkan kamera WGM ni akan merekodkan saat-saat mereka sebagai pasangan baru berkahwin secara candid

5. Mereka akan menjalankan tugasan yang diberikan atau melakukan sesuatu yang pasangan kekasih atau suami isteri akan lakukan.

6. Pada mulanya mungkin kekok dan hubungan mereka akan berkembang secara natural

7.  Hubungan mereka akan berterusan bergantung kepada pihak MBC dan boleh mencapai masa setahun.

8. Sehingga mereka dimaklumkan bahawa mereka akan menamatkan hubungan WGM mereka akan berpisah secara aman.

9. Setakat ini tak ada lagi pasangan WGM yang betul2 kawin, tapi ramai peminat berharap la kan.

10. Rancangan ni kadang2 mengundang kontroversi sebab ada pasangan yang kelihatan 'berlakon' sewaktu bersama pasanagn WGM mereka.


Tiera start tengok WGM masa season apa ntah, time to Jo Kwon (2PM), Young Hwa (CNBlue), Nikhun dan Victoria (fx), LeeTeuk (Suju) dan Sora). Sekarang season 4 sedang berjalan, pasangan seperti yang Tiera cerita dlm post sebelum ni.

Tapi kita tgk WGM ni jgn terbawa-bawa, agama kita melarang kita buat mcam diaorang jadi jangan memandai. Tengok sekadar hiburan tak pe sebab banyak moment y sweet, lepas kawin baru kita buat mcm diaorang.

P/S: En bakal suami, sila take note dan tgk show ni...hehe



Saturday, August 31, 2013

We Got Married: Season 4!

Salam and Anyeong!

Haaa, setelah berpisahnya kapel bagi season 3 dengan air mata yang berlinangan Tiera melambai pasangan Kwanghee dan Sunhwa, Julien dan Sae-ah serta pasangan kontroversi Lee Joon dan Haetnim.
 
Hadoiihh, penat benar dok ketawakan telatah mereka. So season 4 untuk We Got Married kali ini menampilkan 3 pasangan baru iaitu pertama JinWoon dan JunHee (Fashionista Couple), JungChi dan JungIn (Real Couple) dan akhir sekali....jeng, jeng, jeng Teamin ShiNee dan NaEun APink (First Love Couple) wooooo~

Setiap dari pasangan ni ada kelebihan masing-masing.


From Google : Wedding Photo shoot JinHee Couple

1. JinWoon (2AM) dan pelakon JunHee memang suka dengan fashion. Walaupun umur JunHee tua 6 tahun dari Jin Woon diaorang tak nampak kekok. Mungkin personality JunHee yang kiut dan Jin Woon yang matang balance kan hubungan diaorang. Skinship diaorang pun natural, suka tengok.



From Google : Wedding Photo Shoot Jung Couple

2. JungChi dan JungIn ni memang couple sebenar walaupun di dunia sebenar. JungChi adalah pemain gitar professional dan JungIn adalah penyanyi y ada suara power. Tapi kapel ni macam....err....unik sikit. 11 tahun kapel and still going strong. Kenapa? Haaa ni y kena tengok ni.


From Google : Wedding Photo Shoot Taeun Couple

3. ShiNee back! Cheewah, kalau selama ni Tiera Nampak Minho je kali ni baru la kenal maknae cute kumpulan ni iaitu Taemin. NaEun pulak adalah pendatang baru dari kumpulan APink, lagu2 dia best jugak. Mula2 macam tak suka sikit dgn Naeun ni sebab apa2 yang Taemin buat, dia susah untuk tersentuh, macam hati dia tertutup. Sian pulak dgn Taemin dah la cute. Pastu lama sikit,pasangan ni la yang paling Tiera nanti-nantikan episode dia. Yang paling best masa Taemin nak tgk pesembahan live APink dalam handset dia n tetiba ada problem, sakan dia mengamuk.


Anyway cepat la upload nak tgk sambungan ni!

P/S : muka TaeminNaeun sama laa!

Saturday, November 3, 2012

We Got Married

Salam,

Hari ni bangun lambat giler, semalam jd burung pungguk.
Anyway, nak cite pasal WMG a.k.a We Got Married.
Haa, kalu peminat cite-cite korea or varierty show belah sana mesti tahu.
Sekarang WMG dah masuk season 4 dan Tiera lekat ngan rancangan rialiti ni baru je, masa season 2.

Sekilas pasal WMG:

1. Rancangan varierty @ realiti show korea
2. Memaparkan artis korea y dipasangkan utk menjalani hidup sebagai pasangan suami isteri, diaorg mmg tak pernah kenal@ kenal gitu2 je sblm mula rancangan.
3. Setiap kali berjumpa, diaorg akan terima mission utk buat aktivti bersama.
4. Setiap aktiviti dirakam secara candid, mostly akn menunjukkan perangai sebenar couple ni termasuk perasaan kepada pasangan.
5. Rancangan ni kemudiannya diulas oleh beberapa host yang lawak, mmg la nk ulas perangai couple tu.
6. Ada syarat utk pasangan y nk mask WMG, antaranya selepas tamat show ni tak boleh curang dengan pasangan selama 2 tahun...kot.
7. Setakat ni tak ada lagi pasangan y kahwin slps tamat WMG mereka, harap2 ada y pecahkan tradisi ni.

Season 3 pasangan y Tiera rasa paling the best sekali...tak memang da best sepanjang masa ialah pasangan TeukSo. (LeeTeuk & Kang Sora)..Lee Teuk? Mcm penah dengar..ahaha mestilah ketua Super Junior nuh!
Sweet Couple
Tiera rasa diaorg la couple yang tak berlakon n dan menunjukkan perasaan sebenar antara satu sama lain. LeeTeuk pun dh 30 tahun so mmg patut dia rasa mcm nk kawin pun. Kang Sora pulak pendatang baru dlm bidang lakonan, umur dia kalau tak silap 23 tahun.
 
Pasangan ni selalu sibuk jadi kadang2 sampai 3@4 bulan tak jumpa. LeeTeuk sgt romatis, dia siap propose Kang Sora kat atas pentas sambil nyanyi lagu 'She" by Elvis Castello. Kang Sora sampai nangis sebab terharu, Tiera pun trharu gak.
 
So romantik~!!!!!
 
Couple ni terpaksa tamatkan WMG y baru berusia setahun sebab LeeTeuk kena masuk army selama 21 bulan. Hari ni dah 4 hari dalam army. Kang Sora mcm rindu dengan LeeTeuk melalui twitternya, dia post status yang bermaksud mcm tu. Ayah Kang Sora suka gila ngan LeeTeuk, layan mcm menantu betol kot.
 
Wedding Fotoshot (Fairytale consep)
 
Ramai peminat yang nak diaorg kawin sbb memang diaorg show tru feeling dlm show tu. Tiera rasa LeeTeuk sirius tp Sora mcm risau sbb dia kan baru lagi dlm dunia selebriti dia, so mungkin dia akan fikir banyak kali la kot.
Tgh stalker DongHae dating...ekeke~
Cumil~!

Please get married as soon as Lee Teuk finish his military service,
that would make your fan dying of happiness!!!
Last episod masa nk berpisah, dua-dua nangis and have their 1st and last kiss. Tiera sampai tak tgk last episod sebab tak sanggup.....huhu T_T