Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Wednesday, January 11, 2012

Japan Anime :- Howl's Moving Castle

Salam,

Baru je selesai tengok satu lagi karya Hayao Miyazaki iaitu Howl's Moving Castle.

Macam mana ye nak gambarkan perasaan ni? Puas, terharu, macam jatuh cinta pun ada jugak? Ade ke? Haha...

Memang tumbs up la, kelas gitu. Memang rasa nak jadi Sofie pulak dalam cerita tu dan Howl memang handsome walaupun dia hanya kartun.

Walaupun cerita ni dah lama tapi tak pernah lapuk dek hujan macam cerita Ponyo.


Howl's Moving Castle ni mengisahkan tentang Sofie yang menguruskan kedai topi ayahnya. Sofie ni tanpa tak sengaja terjumpa dengan Howl lepas dia kena kacau dengan askar. Tanpa disangka dia terlibat dalam kejar mengejar antara Howl dengan anak buah Solomon. Howl ni agak terkenal sebagai ahli sihir yang hebat tapi suka berfoya-foya. Suatu hari ada seorang ahli sihir jahat yang berdendam dengan Howl sihirkan Sofie supaya jadi tua dan cuma Howl boleh musnahkan sihir tu. So Sofie pun pergilah cari rumah Howl yang dipanggil Moving Castle. Lepas jumpa castle tu dia pun bekerja sebagai pembantu rumah dan dia tak boleh bagi tahu yang dia disihir. Howl ni memang dah tahu dah jadi dia cuba bantu Sofie tapi pada masa yang sama dia ada masalah dia sendiri sebab dia bermusuh dengan Solomon. Howl makin hilang kemanusiaan dia dan cuma Sofie saja yang boleh membantu dia mencari hatinya yang hilang dulu.

Masa pertama kali berjumpa

Ni La Howl's Moving Castle

Sofie and Calsifer a.k.a Howl's heart

Versi Serabut : Hensem tak?

Versi Kemas : Kiut,kiut~

Hmmph, Markel, Turnip y sbnrnya seorang putera
Penat dgr Hmmph menyalak, tak bunyi macam anjing menyalak, bunyi macam org tengah penat/asma je, dgr je pun dah penat.
Kualiti cerita dia memang hebat lah cuma kapal-kapal terbang dia agak menakutkan sikit. Tp pemandangan dia memang indah. Macam teringin hidup dalam dunia tu. Howl pulak kadang-kadang macam budak-budak tapi macho dan cool!

Memang bertuah jadi Sofie, harap Tiera pun akan jumpa "si dia' tak lama lagi. Amin~

p/s: Howl hadiahkan satu taman untuk Sofie, kalau berkelah tiap-tiap hari pun Tiera sanggup kat situ, memang serius lawa!

p/p/s:- Tgk cerita ni menangis, terharu, ketawa...dah lama tak macam ni. I like!

Thursday, January 5, 2012

First Week

Salam,

Bersua lagi kite-kita. Baru tiga hari ada kat asrama dah nak balik...errr..hehe yelah I ni manje, manje ngan family. Kalau tak ngan sapa la kan?

Ok la jugak kan, banyaksubjek PJ la sem ni. Baru first week dah kena buat kena buat kertas kerja ke mana-mana tempat lawatan. Cadangannya ke KSN Bukit Jalil ...ok x? Jalan lagi le kita nanti...wait for the broadcast in my blog. Insyaallah bulan Febuari ni kot sebelum praktikum bermula pd bulan Mac nih.

Kompleks Sukan Negara, betul tak?
Oleh sebab Tiera secara tak sengaja dipilih jadi AJK Keceriaan, fuhh nasib baik la.  Udah le second day kena buat jadual bertugas, nasib baik Kinah tolong Tiera, kalau tidak arwah le.

Lepas balik cuti pakat chubby-chubby belaka ek, termasuklah tuan empunya blog nih. So azam 2012 semestinya akan tercapai utk kurangkan berat badan. Sem ni subjek olahraga, kurus la sikit noh Cik Tiera.

Credits~

Pas ni nak jogging selalu, jangan makan lepas maghrib, jangan tido lepas makan, makan berpada-pada, minum air banyak-banyak dan ganti dengan skipping 50 kali kalau tak jadi jog...haha!

Nyum, nyum~
Soalan pertama Lecturer bila masuk kelas...."Sapa yang dah bertunang ke, dah kahwin ke angkat tangan"

Fuh cepu emas betul soalan tu, malangnya bagi keempat-empat lecturer tu, semua warga KS 2 semua single lagi tapi half of them not available nah. Admin ni bila agaknye ye? Hehe. (lalala~)

Apa-apa hal pon, glad to meet my friends again, my roomate jugak ye. Akak serius nak beli Samsung Galaxy Y tu, bole bg murah..heheh~ Sirius, sirius.

Tuesday, January 3, 2012

Belajar Untuk Memimpin

Salam,

Hari ni first day masuk ke kelas, syukurlah Ketua Unit untuk semester ni kawan baik Tiera sendiri. Bukan kata dia kawan baik so boleh gula-gulakan dia tp kita respect dia n bantu untuk jadi ketua yang baik. Selaku bakal guru ni terpanggil la jugak nak mengulas tentang kes A*** A***, sbb dia turunkan bendera PM masa tengah syiok berdemo.

Bukan nak menyibuk ke apa, tp sekadar memberi pendapat diri sendiri dan tak berniat nak menyinggung siapa pun. Harap-harap Tiera ni tak 'biadap' ye?

Hal Akta Auku. Perkara y di highlightkan adalah kebebasan berpolitik.

Satu perkara yang Tiera nak tanya kepada semua bakal guru dan tak terhad jugak lah pada semua pelajar yang ke IPTA/IPTS?

Korang kesana untuk berpolitik ke atau nak belajar?

Bagi Tiera, masuk ke IPG ni Tiera nak belajar, kekalkan pointer yang best sbb nanti mudah Tiera nak sambung master. Lepas tu Tiera nak kerja sebagai pendidik elok-elok.

Tak salah kalau nak belajar selok-belok berpolitik, mungkin dia nak jd YB ke pas grad, tp berpada-pada lah. Bak kata tuan punya badan y berdemo tu A*** A***, dia kata kedua ibubapanya sokong dia buat macam tu. So tak boleh nak kata apa dah, anak punya pasal kan semua sayang. Tp mana tahu jauh disudut hati kecewa juga, sia-siakan bertahun belajar pastu entah kemana.

Segelintir orang melayu hanya syok sendiri je. Org kata adrinalin tengah naik so macam-macam la yang jadi. Tolong la jangan berlagak sombong biarpun orang yang berdepan dengan kita tu memang pandng rendah dengan kita. Kita bakal guru so kalau nak bidas, bidas berilmiah. Bak kata orang biar orang 'malu alah' dengan kita. Biar dia malu sbb dia tak boleh sampai sama taraf dengan apa yang diri kita telah capai.

Jadi biarlah kita dipihak yang betul baru berani berdiri tinggi, ni nak bantah hal2 belajar, masuk ke kelas pun malas kan? Dia pulak yang sibuk kedepan? Ooopss~

Tiera cakap bedasarkan pengalaman, pernah digula-gulakan oleh pihak tertentu biarpun bukan secara individu.

Orang politik ni, dia suka gunakan kita yang tak berpengalaman sebagai bahan untuk dia naik, jadi kita la kena bijak sendiri kan?

So, bakal guru? Tepuk kepala tanyalah otak. Gud luck untuk sesi pembelajaran 2012.