Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Saturday, January 21, 2012

Sinopsis

PERHATIAN *ia mungkin akan berubah dr semasa ke semasa, idea tak tetap lg..hehe*

Atas Nama CIntA Ferrari~?
"Kenapalah dua tiga hari ni, asyik nampak and dengar pasal Ferrari je ni?"
Hana menggaru kepalanya disaat dia meredah kesibukan jalan di KL pada petang itu. Tiba-tiba matanya tertangkap kelibat beberapa orang didalam bas persiaran dilorong tepi hadapanya sedang menjenguk-jenguk kebawah. Dia ikut melihat, dilorong sebelah kirinya selang sebuah kereta, sebuah Ferrari hitam tersegam indah. Matanya membulat, walaupun cermin kereta tinted, jelas-jelas kelihatan pemandunya masih muda.

Fitrie mengeluh, baru sahaja balik dari luar negara terpaksa pula merekrut pekerja baru.
"Kalau tengku tolong, nanti boleh ambil untuk PA lapangan kamu, tak rugi tengku" En. Hakim tersenyum. "...boleh cari calon.." senyuman nakal bermain dibibirnya. Fitrie tersengih dengan usikan itu. "Calon dah ada, Ferrari tu la..." selamba dia membalas dan berlalu dari situ. Senyuman En. Hakim mati, balik-balik Ferrari hitam tu, kau kawin je lah dengan kereta tu, kerek betul.

"Kau tu dah 26 tahun, tak kahwin lagi, sibuk pulak" wanita itu membebel. Hana panas, dia bangun dari kerusinya, Mia dah menarik-narik suruh dia duduk semula.
"Ok, akak tengok la nanti bakal suami saya lagi kaya, alah setakat rumah banglow dua buah tingkat apa celup, dia ada Ferrari lagi tau...!"
"Wahh, ok. kat Malaysia ni cuma ada 7 buah, let me know if i know who is this 'lucky' guy..."
"Lets bet!"

Thursday, January 19, 2012

Excident?!

Salam.

Fuh, lega sangat bila dah sampai rumah semperna cuti Raya Cina walaupun melepasi dua speed trap tadi. Nasib baik admin, pemandu berhemah, berhemah sangat-sangat....hehe.

Bukan apa tadi baru je berdebar, ingat nk excident dah tadi. Macam ni ceritanya.

Tengah dok syiok drive kelisa yang 'dipinjam' dari abah, admin drive menuju ke K. Terengganu dari Besut, sampailah kat kawasan yang banyak kedai-kedai jual keropok lekor tu. So ada la kereta ni berhenti untuk belok ke kanan, so automatik admin kena la elak ke kiri kan? So naturally aku tekan break, tapi...dup...dap...awat kereta tak slow-slow ni?

Ahh, sudah. Kawan kat tepi aku pun dah berdebar nih. Aku dok kalut dah mana satu minyak, mana satu break..kot-kot la silap pulak. Pastu tengah dok terdesak sangat aku tekan break sampai habis, barulah kereta tu slow. Nasib baik!

Pelik la jugak, sebelum ni Kelisa tu memang sangat berjasa pada tuannya...ehek, siap belai-belai lagi. Tekan break sikit pun dah makan dah. Ni tak, masa tekan break macam tekan angin je. Ahh sudah, jangan buat hal pulak. Praktikum dah nak dekat ni, nanti jalan kaki la pulak.

My dear Kelisa, sembuh la cepat ye? Hehe

Monday, January 16, 2012

Rasa macam dah tua dah~

Salam semua,

Huhu, sakitnya kaki ku ini. Sengal-sengal nak solat pon susah yang amat. Amek kau Tiera, gigih sangat nak jogging, sampai malas buat warm up. Sabor jelah lagi tiga hari je nak balik pastu nak pergi mengurut la. Kelas PJ tadi pun kena mintak excuse kat pensyarah tamau jogging lagi, kang parah pulak kaki ni. Sedebik kena, pandai ek pensyarah Tiera teka, mesti tak warm up and cool down ni.


Syiok sendiri masa Last PBS/2011, lala~
 Tiera dengar dari sorang rakan Tiera ni, IPG akan stop pengambilan pelajar baru sesi 2012 dan 2013, Dua tahun ooo berlobang tak dak student. Ntah-ntah diaorang nak rombak baik pe. Mana la tahu nanti bila start amek balik, elaun dah tak dapat dah. Tapi kalau ikut logik la kan, pegawai kerjaan boleh retire sampai umor 60 tahun. Bak kata sorang lecturer Tiera, anak murid tolak cikgu naik tangga sebab tua sangat tak larat nak panjat tangga tinggi-tinggi dah. haha

Bila umor retire makin meningkat, jawatan kosong untuk guru makin kurang. Iye la kan, orang lama tak keluar, macam mana orang baru nak masuk, bijak tak? Bijak kan? Silap-silap menganggur la, keluaran PISMP nanti. huhu.

Tiera malas dah nak memikir pasal 'teman hidup' lagi untuk masa terdekat. Yang penting kena perbaikki diri dulu, hubungan dengan Allah kena mantap dulu baru la boleh bela anak iye tak? Hehe pandai la kau. Jeles, tuhan je yang tahu bila ada kawan sebatch dan bertunang, tergugat diri ni rase, hihi. Anyway congrats la. Tiera lambat lagi la kot, tungguk grad dulu. Tp rancangan tuhan siapa yang tahu?????