Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Friday, November 1, 2013

Meet My Cute Cats!

Salam,
 
Perkenalkan kucing-kucing peliharaan Tiera
 
Dulu suka sgt bela kucing tapi lepas mak Tiera lahirkan dua adik kecil so kena stop bela takut lelah. Jadi skrg diaorg dah besar-besar, abah Tiera beli kucing melalu Mudah.Com. Laman web ni best jugak sbb kita boleh cari macam2 benda dengan harga yang bole nego sbb beli dr org persendirian kan.
 
Hi korang, kite muda lg time ni.
Meet A'tam. kucing baka Domestic Long Hair.
Ayah A'tama baka flat face tapi campur ngan mak dia so x flat face mana jadinya.
Kami beli dengan harga RM100 ++.
Gambar ni masa umur dia dalam 1 tahun.
Sekarang dia umur dlm 5 tahun.
Ekor dia sangat kembang Tiera panggil feather duster, asik tepacak je.
Mata dia sangat bulat dan suka buat mata merayu macam puss in boots tu. geramm~
Tak suka di pegang tapi suka duduk atas riba orang.
 
Apa tengok2? Tau la kite comel pon.
Meet Kembang.
Tiera bagi nama ni sbb dia la yang paling berbulu kembang di kalangan adik-adiknya.
Berjantina perempuan dan yang ni anak A'tam yang kali berapa...err lost count.
She's a complete replica of A'tam (sebijik masa A'tam muda2 dulu)
A'tam pragnent skali lg dan dia dipulaukan A'tam.
Sian dia, isk2~
 
 
Bwekk~!
 
Baru-baru ni lahirlah 3 ekor anak A'tam yang baru.
Lain terus corak dia dari mummy dia.
 Kucing mana la dia jumpa kali ni. huhu.
A'tam sangat suka menjelis lidah nya pada sesiapa dia jumpa.
 
 
 
Baik tak saya? Baik kan? Hehe
 
Akhirnya, Kembang diterima semula oleh A'tam.
Kembang pun jadi kakak yang baik, tolong jaga adik-adik masa mummy dia keluar pergi makan.
 
Kite suka dgn akak kite, jgn jeles. *Roll, roll*
 
Eh, ni mummy ke akak ni. Same je...lantak lah. *roll again*
 
 
Kitten yang putih ni nak bagi nama Awan la, putih bersih gitu.
Suka sangat dia gomol2 ngan akak Kembang dia.
 
We are happy family~
 
Rasanya kitaorg tak larat nak jaga semua anak-anak dia.
So kalau siapa-siapa yang berminat nak beli bole la komen kat bawah.
Tapi kena tunggu dulu besar sikit.
 
 

Thursday, October 31, 2013

Tutorial :- Center Header

Salam,
 
Hari Tiera nak ajarkan macam mana nak bagi header blog anda berada di tengah-tengah. Header Tiera dulu memang selalu berada di tepi. Malas nak cari macam mana nak edit bagi di center.

 
Tak perlu edit HTML bagai, susah dan kadang-kadang memeningkan. Jadi ini cara yang terbukti dan memudahkan anda terutamanya blogger baru.
 
 

1. Pergi kepada Dashboard anda

2. Klik 'Template'

3. Klik 'Customize'

4.Klik 'Advance'

4.Scroll ke bawah dan anda akan lihat 'Add CSS'

5. Klik dan akan ada tempat kosong kan?

6.Copy past code ini:-

 #header-inner img {margin-left: auto;
margin-right: auto;
}

 
 






ATAU
 
 
  
  #header-inner {
margin-left: auto;
margin-right:auto;

 
 
7. Anda akan lihat di preview yang header akan ke tengah dan adjust kepada blog anda.
 
8. Save setting dan End~!
 
Selamat Mencuba...
 
 

Wednesday, October 30, 2013

Review :- Now You See Me (Non-Horror)

Salam,

Lama Tiera tak review mana-mana drama kan? Kali ni nak review movie omputih la pulak.
Tengok atau dengar tajuk ni rasa macam cite hantu kan? Sebenarnya bukan. Tiera perasan cite ni melalui iklan dalam Astro First. Cerita ni berkisar penyiasatan dan magic!


Review
Credit to wikipedia

Sinopsis:-

Di sekitar Amerika terdapat beberapa ahli magis jalanan yang membuat persembahan demi menaikkan nama mereka di dalam industri hiburan. Tapi kerja ini bukan sekadar suka-suka bagi mereka kerana mereka semua mempunyai satu tujuan yang sama iaitu dijemput masuk ke dalam kumpulan Magician yang super hebat, misteri dan dihormati dikenali The Eye.

 
Suatu hari empat orang ahli magik yang mempunyai kehebatan masing-masing J. Daniel Atlas (Illusionist), Henley Reeves (Escapist), Jack Wilder (Mantalist), dan Merritt McKinney (Sleight Of Hand Illusionist)  dikumpulkan setelah mendapat sekeping kad tarrot oleh orang yang tidak dikenali. Mereka di dedahkan dengan satu blue print dan setahun kemudian menjadi terkenal setelah berpakat untuk bergabung.

Mereka menggelarkan diri mereka The Four Horseman dan membuat satu persembahan kontrovesi di Las Vegas. Di dalam persembahan ini mereka menggunakan keupayaan mereka untuk merompak sebuah bank di Paris dihadapan beribu-ribu orang, tanpa meninggalkan pentas Las Vegas pun.Duit-duit hasil rompakan itu di taburkan kepada semua penonton dan polis mula menangkap ke empat-empat ahli magik ini.


Kesian agen Dylan (tengah) dan agen Alma (kanan) nih, asyik di perbodohkan je.

Agen FBI Dylan seorang yang tidak percayakan magik dan menganggak ahli magik karut dan hanya menipu orang ditugaskan menyiasat kes ini bersama-sama seorang agen Interpol Alma Dray yang tidak berpengalaman. Mereka tidak dapat membuktikan bahawa rompakan itu benar-benar dibuat oleh mereka berempat dan dilepaskan. Mereka kemudiannya menerima bantuan bekas ahli magik yang membuat duit dengan mendedahkan helah ahli-ahli magik, Thaddeus Bradley.
 
Agen Dylan dan Agen Alma akhirnya mendapati motif The Four Horseman adalah berkaitan dengan kes Lionel Shrike yang mati ketika membuat persembahan terakhirnya.


Kenapa Harus Tengok?

Cerita ni sangat exciting dan menarik dengan pelbagai helah magik. Persembahan magik dia bewarna-warni dan dengan effect yang cool. Bukan tu je, movie ni 'bijak' dan membuatkan viewers turut berfikir. Tak banyak movie macam ni sekarang.

Ada satu scene dimana dia buat magic dan suruh penonton pilih kad so Tiera pun ikut pilih jugak. Bila dia teka dan pamerkan kad tu di sebuah menara, kena dengan apa yang Tiera teka! Tapi Tiera rasa org lain akan pilih kad tu jgak sebab kad tu yang paling jelas sekali masa dia flip kad tu laju-laju. Ia hanya helah!

Korang takkan percaya dan menyangka siapa sebenarnya orang yang hantar kad tarrot dan mewujudkan kumpulan The Four Horseman tu.

p/s : Nanti keluar Now You See Me 2 pulak 2014! Expecting it!