Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Monday, March 8, 2010

Port Lepak Hujung Minggu...

Salam...

Untuk melepaskan tension, Tira n my best friend Cik Da membuat keputusan menyerang Kuala Besut...errr...ehhh? Ohhh silap,silap Kota Bharu la, al-maklumlah singkatannya sama, KB. Huhuhu~~~

Posing sebelum bertolak..chewaah..

So apa lagi, pada hari Jumaat yang mulia itu kami berbekalkan driver kami Cik Shaha from Science klas membawa MyVi hitamnya menuju ke KB. The best ride ever, just the three of us, x de muatan lebih tau...hua3. Lapang ase...

Kami tiba kat KB tepat pkul 10.15 tak silap la so KB Mall adalah destinasi pertama kami. Shaha meninggalkan kami kat sana  dan dia g mana tah, jumpa 'saing' die...heheh. Jangan marah ekk??

So apa lagi kami memulakan serangan, port pertama dituju ialah kedai kasut dan kedai baju la... Dapatla cari kasut untuk driving class, same design aku amek warna hitam n Cik Da amek warna hijau, Rm39.90. Ok la kowt kan? So Tira nak cari blouse cam spupu Tira pakai mase kenduri kawin dulu, baju dia lawa sangat2 tp mlgnya design baju kali ni x best so lupakan saja...

Pergi body shop beli set pembersih muka dia, pembersih muka, toner n morturizer, mangaiii mahai laaa...abis Rm125..hhuhu nangis x berlagu la tp muka nye pasal yang nk lawanya aku gkkk.

Produk Body Shop untuk kulit berminyak

Kami melawat tempat2 y x pernah aku melangkah masuk, the bowling center kat sana, malu nak main tp next time mesti maen..

Pusat Bowling KB Mall...sekadar tengok2 je..

Lepas keluar dr Pusat Bowling tuh kami singgah PC store beli sarung lapto n alat bersih laptop habis la Rm37.00 ringgit Malaysia.

Perut dah menjerit-jerit mintak makan, mse tu orang laki2 g semayang jumaat so x der la orang lelaki sangat...ye ke? emmma ada je, bukn semua g smyang kan, mereka melakukan devian dlm agama...acece...aplikasi sosiologi tuh. Aiihh apa nak jadi nh, x g smyang jumaat x malu ker ngan kami para perempuan..

Ada badut wat persembahan, tp cina ngn India je tgk, melayu x de pon...

Lepas tu kamu menuju ke Tesco untuk membeli almari, offer jadi Rm20 jer tapi maklum lah nme pon offer...habis. Kempunan kami berdua..huhu. So tempat pertama adalah The Chicken Rice Shop, first time makan kat sana tapi tumb up la..sedap gk untuk lg dari set snack plate from KFC. Mati2 Cik Da nak makan KFC gk sblm tu, kalu Tira makan gak alamaknya muntah la I, dh muak tgk KFC kt jerteh tuh! Try laen pulak nah Cik Da..akhirnya Cik Da yang melantak lebih2 haha...lwk jerr...Rm16.90.

Amacam terliur x? Mase kami melantak nih..

Cik Da...sedap ke dessert tuhh???

Tp beli gk barang makanan habis Rm 30.00 kowt. So kami g ronda2 lu, masuk keluar kedai, Watson, Gift Shop, kedai kasut(lagi?!) dan Secret Recipe. Fuh best giler tgk kek dia akhirnya Tira membuang duit sebanyak Rm6.80 untuk sepotong kek Hazel Cheese tp puas hati la. (Gmbr x dk, dh masuk lam perot)

Last sekali kamu pergi tempat wajib setiap kali sampai Tesco, The Big Apple...beli tiga biji sorang. Tira ingat nk beli 6 beji sekali gus, tp nafsu2 (kata Cik Da).

Mse balik posing lu kt kereta MyVi Shaha...serabut dh mse nih...aihh~~

LEpas solat maghrib, lepak2 kat food court dia lu pastu dlm pkul 8 mlm kami bertolak balik. Sakit giler kepala boleh gk landing kat belakang pastu mesej si dia tp emm g2 la. Aiihh kena repeat setahun...Sampai kat IPG pukul 9.30 malam...nasib baik pak guard x demam g tutup pagar awal ke...best punya..hehe

Secara kesimpulannya duit Tira habis sebanyak Rm250.....waaaa~~~

Wednesday, March 3, 2010

Ya Allah!

Aku sebagai hamba Allah lebih takut kepada Penciptaku dari manusia setaraf denganku. Biar akhlak serta ilmuku sedikit dari apa yang kamu tahu, kamu tidak punya hak untuk menyalah gunakan ilmumu. Aku tidak punya sedikit getar pun dihatiku kerna aku tahu Tuhanku sentiasa melindungiku. Sama-sama kita beristighfar kepada Allah dan muhasabah diri sebelum melemparkan amarah kepada yang lain. Kita sesama manusia saling menasihati dan berpesan-pesan (bukan membuka aib) jadi terima dengan hati yang terbuka. Kekasih dihatiku cuma Allah kerna aku kecewa dengan kaum sejenismu yang suka melompat ke konklusi tanpa menilai diriku semasaknya.

Sunday, February 28, 2010

Salam pertemuan, kembali???

Ohhh, so tired...(baring atas katil and tido...ZZZ)

Oppsss! Soriii...haha aktiviti wajib nak wat cm mana, dh lme x masuk blog al-maklum kena block ngan wayerless maktab, haiiii -_-

Anyway, welcome back! Alamak dh tua dh, dh rasmi jd PISMP, senior~~~

Musim bunga dh kembali, love blues pun dh kembali, kekadang bawa bahagia, kekadang bawak bencana. Haaa paham-paham la. 

Untuk sem ni Tira rasa cam malang la pulang KS2 nh, kalau selama ni imej KS2 adalah kebanggaan jabatan KS...err ye ke? Haha apa pun imej kelas kami bersih la sampai la sem ni ada beberapa event yang tak sedp sikit nk didengar. IPG tgh giat keluarkan surat amaran bagi sekelumit crime yang kami lakukan (termasuk balik awal dari kelas). Aduss, Tira pn x terkecuali dpt surat amaran, gigih betul HEP. Cuba la amalkan kempen jimat kertas langkah pertama x pyh cetak surat amaran (haha). Rasa tension lak lelama duduk sini, lg teruk dari hidup kat asrama dulu...(lari2~~)

This new year I got a new phone!!!!

AHhh dh lme nk handphone baru, akhirnya dpt gak walaupun x dpt handphone lipat tak per la dpt handphone slide. W580i warna putih so femine!! It cost me around Rm460. x tahu la berbaloi ke tak anyway function dia best, siap ada fitness trainer lg, ley kira byk mna kita exercise.

Sesuai la, Tira pon tgh nk diet nih, I want to fit in my new dress, they r so cute la~~~

Anyway, hujung minggu nh, Tira nk g shopping kat KB, nk beli abis semua benda yg I desire...haha abiskan duit elaun jer. 

Untuk sem ni Tira ambik lesen kereta, my kelisa tengah menunggu dirumah, sori sayang mummy tak de lesen lg, I'll drive you anywhere bile Mummy dpt lesen. Puas ati. Bukan apa bila x de lesen susah nk bergantung dgn orang nh, almaklumlah, susah! Kira dpt lesen ni balas dendam la terhadap apa yg pernah dilakukan oleh mereka tanpa disedari...

That all, smbung lagi

p/s : Tira dpt sunburn yg teruk la, mcm mana nak masuk sekolah buat SBE bulan tiga ni??? Ahhh cikgu ku gelap!!